Tuesday, 25 October 2011

Poached Egg versi kampung...

Assalamualaikum....

Korang tengok tak rancangan pertandingan masak² amatur ni...


Kat Astro Ria 104...Sabtu hingga Rabu ni...

Rancangan ni pada ahkak yang suka masak² ni amik je lah yang terbaik..macam tips, cara, info daripada chef² terkenal tu...nak komen pasal chef muka masam, rancangan banyak iklan, membazir ke apa ke...tak mampu nak komen..dorang lagi arif pasal nak buat rancangan sebegitu kann...

Ahkak termissed episod ke-2 la...boleh kelupaan...episod pertama cabarannya potong bawang kecik²..berair juga airmata..cabaran episod ke-2 tu lah lupa nak tengok...episod ke-3 malam tadi kukur kelapa dan perah santan guna tangan...malam ni tak tahu lagi...

Eh sebenarnya nak cerita pasal sebelum ni ada untuk Masterchef Blogger. Ye ahkak tak masuk pun..gegege saje je kan..cerita cam masuk...hahaha...takdelah bila baca blogger yang masuk tu cabarannya salah satu tu...cam tiba² terdetik dalam hati....

"Eh ni macam selalu buat je"

Ha ha ha....

Tajuknya Poach Egg...nama menu dalam Masterchef. Gambar cam kat bawah...


sumber Sawanila

Ha pastu tengok yang ni plak....

Gambar ATAS : half cooked
Gambar BAWAH : dah keras dah...budak mana boleh makan separa mentah...takuit antibodi tak kuat lg...

Nih kalau MAK ahkak masuk Masterchef ni mesti dia bagi nama menu ni TELUR CEPLOK...haha...very the kampung kan...tapi tu lah masakan yang senang...CEPLOK maknanya 'plopp' jatuh dalam air...tak kira la air tu kuah sup ke...sambal ke..masak kicap ke...semua pun boleh...tapi takdelah campuran cuka macam Masterchef ajar tu...mungkin nak bentukkan telur tu kan tak bersepah macam gambar ahkak tu...haha...

Tapi yelah dah sampai ke Masterchef takkan nak buh atas kuah plak kan...tak la very the modern kan...paling kurang buh atas daging, tangkup dengan roti dan letak sos..hias sayur..cam benjo plak...eh?
Dan ahkak google la terjumpa cara masaknya - How to poach an Egg  cara sama je macam ahkak buat sup telur si kecik ni ha..tiheeee!....


Ok..ada peluang ni masuk next Masterchef....ok silalah berangan...




2 comments:

  1. tak penah buat.. hehhe tapi pernah tgk citer omputeh dulu2 berbakul2 telo dia prektis nak buat supaya telo tu cantek... uhuhuhu

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...