Friday 14 June 2013

Loan Rumah...Akhirnya (2)

Assalamualaikum....

Pening sakit kepala berfikir kami lakibini dah habis...
*iye ke habis? habis untuk bab ni je lah, bab lain lagi banyak nak fikir*
biasalah benda yang melibatkan duit ni mana pernah habis...
hanya dua bank je yang lepas...
HL dan BM...
HL bagi 80% selama 30 tahun...
BM bagi 90% selama 35 tahun...
rate interest lebih kurang je lah...
bukan beza mana pun sangat...
itupun tengok harga rumah, komitmen dan pendapatan kita juga...
setiap orang mana sama...
awal lagi kami dah tolak yang HL tu...
sebab 80% mana nak cekau lagi 10% berpuluh ribu ok...
jadi kami redha dengan BM...

Balik daripada kampung Ahad tu...
Isninnya kami terus terjah bank...
bank yang menawarkan pinjaman rumah kepada kami...
sebelum tu akak bank tu dah bagitahu LO dah siap...
tinggal datang dia terangkan dan signature je...
disebabkan kakak bank tu banyak berurusan sebelum ni dengan ahkak...
maka masa jumpa ahbang lah yang banyak tanya...
sebab dia kan suasa kerja susah nak berhubung...
bank call asyik tak angkat je...

Alhamdulillah....
approved!!


Buat dua nama...
kalau seorang tak lepas untuk harga rumah begini...
pendapatan tahap marhaen la katakan...
inipun sangat bersyukur...
sebab dua bank je layan...
itupun yang satu lagi tu menolak secara halus sebenarnya...

Cerita pasal bank ni...
bukan kami taknak cari lagi...
masa semakin suntuk...
3 bulan diberikan untuk settled semua...
ada juga contact dengan bank lain selepas² tu...
tapi semua mahu tak mahu je melayan...
*kesian kan*
ok takpa kita harung dulu yang ini....

Sebab apa cakap kita harung dulu yang BM ni...
sebab T & C nya banyak longgar...
terutama sekali Lock in period  tak bergantung 3 atau 5 tahun seperti bank lain...
bila² masa boleh refinancing ke bank lain yang offer lebih cantik bayarannya....
yelah siapa yang taknak bayar sikit kan...
*gila namanya tu*
cuma bayarannya flexi...
1-24 bulan pertama BFR -2.15 dan bayarannya kurang sikit...
dan seterusnya bayarannya meningkat sehingga 419 bulan dengan BFR -2.05...
http://eemoticons.net
memang lepas ni kene refinancing lah...
cari bank baru yang boleh memendekkan poket dan hayat bayar...
mudah-mudahan....
*itu je la kot yang boleh cerita nak cerita lebih² ahkak kurang ariff*

Dalam pada cerita² tu dapat juga info baru...
boleh juga nak refinancing untuk kereta...
khabarnya rate 3.5%....
kita mesti pilih!! errrrr.....
sekarang kereta yang kami guna bayar kepada itu bank rate 4%...
aiyooo....
memang nak kena pangkah la itu bank lepas ni....

Siap dah sign LO, Wasiat dan Insuran...
ok insuran pulak cover kami berdua sepenuhnya...
sekiranya kami berdua mati...
anak² tak payah tanggung hutang rumah...
kalau salah sorang pergi dulu...
cover untuk diri sendiri je lah...

Seperti biasa dapatlah bermacam² daripada bank...

Oh..bertambah pula akaun bank...
mesti buka akaun saving RM300...
*mujurlah sebab haritu dengar macam RM500*
tetapi dalam masa 3 bulan tak boleh amik...
duduk diam² lepas tu baru lah boleh cucuk ATM yer...

Hari yang sama juga...
kami pergi terjah ofis pemaju...
terus sign S & P yang berset² tu...
sign borang masuk TNB dan SAINS...
lepas tu tunggu dorang hantar stamping dan lawyer telefon untuk sign dokumen lagi...
tunggu S & P dapat dan boleh terus proceed dengan KWSP pulak nanti...
semua progress yang mula dari awal haritu kene langsai dalam masa 90 hari...
kalau tak kene denda okeh!!

Bagus...
baik bank dan pemaju...
dorang terangkan segala apa yang termaktub dalam surat perjanjian tu...
biasalah ayat semua kan bahasa penjajah...
advanced lak tu...
harapnya tak ada perkara berbangkit lepas ni....
Amiiinnnn.....

Fuhhh...penat mengingat balik kejadian...
tapi bagus juga boleh mengasah skil mengingat...
sebab baru perasan ada perkara tak berapa aware...
take note!!


Nota Kaki:
HL=Hong Leong
BM=Bank Muamalat
LO=Letter Offer


2 comments:

  1. loan gomen senang je.xbyk sgt procedure.tp tu pon yun blur2 je jgk.hubby sendiri dh paham so serah kt dia je. kita tau sign jer hahaha

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...