Anak yang muntah²...
dah sihat pun dia...
demam pun takdo...
amak pulak yang demam...
demam panas pulak tu...
*akibat cuaca tak menentukah?*
hari Jumaat lagi dah rasa panas badan...
berbekalkan ubatan yang sedia ada kat rumah...
ok la sikit hari ni pergi kerja..
inipun pergi klinik topup balik ubat...
Sabtu memang dapur tak berasap...
walaupun demam tapi keluar juga...
melayan budak kecik tu...
ratu dapur tunjuk² je kat pasar malam...
sambil topup bawang² yang dah habis stok...
lalala gumbira bawang dah ada...
bajet boleh masak la esoknya...
Ahad semalam...
masa nak masak beriya la kejar bawang²...
sekali tengok plastik...
eh? eh? eh?
yang ada ikan bilis dan tempe...
mana bawangkuuuuu????!!!
arghh sudah!
mesti budak yang kira ritu tak masukkan dalam plastik...
yang kita ni main ambik je la tak tengok pun...
maklumlah jari jemari dah penuh dengan barang...
aduhaiii termenung ratu dapur
nak masak apa bawang takde ni!!
Toleh ikan cencaru...
nampak kelapa parut...
*kelapa parut dapat daripada ofis lagi...lebihan kuih kaswi*
datang idea buat inti sumbat dalam ikan cencaru...
tak ada bawang perkara kecik...
tumbuk ikan bilis , cili blend, gula, garam, asam...
fikir apa lagi, kiub tomyam pun boleeeehhh....
*ada bawang lagi sedap owhh...nanges*
sumbat kat perut dan bakar....
Pandang pulak kobis dengan lobak...
baiklah tumis je dengan ikan bilis tumbuk...
letak sos tiram dan garam...
letak air terjunkan sayur...
jadilah sayur campur cincai....
Ada tauhu ada tempe..
ingatkan nak buat sambal goreng...
ini kali bawang takda janganlah kerat leher nak buat menu keturunan tu...
tak sedap ada bawak ke tong sampah nanti..
maka kita ambik tauhu je lah...
goreng dan buat sambal kicap tanpa bawang putih...
belasah je...
asal jangan sampai sakit perut sudah....
Siapppp!!!
nanges chef² masterchef tengok ahkak masak takde bawang ni...
Dari kiri ikut arah jam : Sambal Kicap, Tauhu Goreng, lebihan inti sumbat, Ikan Cencaru sumbat kelapa, Kobis tumis air.... |
See... Sabtu dapur tak berasap. Hahahahaha.
ReplyDeletemotif?
DeleteMungkin secara kebetulan bila saya kata sejuk sejuk pun jangan coti memasak. Kan?
Deletebukan sbb sejuk...
DeleteDEMAM lah...
Ooo ye ke? Ooo okay.
Delete:)