Wednesday, 14 January 2015

Label Nama atas Cotton Tape....

Assalamualaikum & Hai....

Cara² asas buat label boleh tengok SINI ya....

Inilah rupa Cotton Tape...

sumber
Asalnya memang tak terfikir pun nak guna Cotton Tape...
tapi bila kemas² tempat jahitan terjumpa tape nih...
pelik gak sampai 4 gulung ko...
pernah buat apa pulak?
ini mesti projek yang tergendala ni hahahaha!!
agaknya baru kali ni tercapainya...

Begini caranya nak tepek kat Cotton Tape...




1.  Seperti biasa terbalikkan label, susun atas Cotton Tape dan jangan lupa jarakkan label supaya ada tempat untuk gunting dan jahit nanti...lepastu iron atas label....Gunakan kepanasan untuk iron kain cotton...
2.   Bila dah bukak label jadilah deretan nama seperti diatas tu...
3.  Taraaa...label nama yang dah siap digunting....

Ini antara contoh label yang dijahit tangan je...

Belakang seluar tracksuit
Hanger letak kat taska...
Ikut sukalah nak letak kat tuala, beg sekolah, uniform dan lain²...
disebabkan nak cepat dan mesin jahit ada problem...
yang lain² tu buat macam INI jugalah...

Tuala
Spender ponnnnnn!!!!
Ok cuba tengok gambar spender tu...
warna cerah dan gelap...
ini berkaitan dengan kertas yang digunakan...
light based sesuai dengan warna biru cerah tu...
dark based sesuai dengan warna hijau gelap...
bila light based digunakan untuk warna hijau gelap, maka jadilah seperti kat gambar...
tak cantik kan??
haa itulah perbezaannya....

Apapun jangan pandang sempurna sangat label ni...
lama kelamaan akan kelam juga...
dan tiba masanya kena ganti baru...
kalau nak lekat setahun bolehlah spend RM buat embroidery...
tapi harga mahu tawwww lah!!
pada ahkak label nama ni tak pakai lama bertahun²...
tahun depan nak tukar lain...
tak jadilah nak spend sangat buat semua tu....
kita buat under budget je sudah...

Jadi setelah seminggu lebih buat pemerhatian...
nampaknya label atas Cotton Tape lebih tahan lama ya!!...

Sesiapa yang berminat boleh tempah...
black & white, yang bewarna pun boleh aje...
Whatsapp/SMS shj 017.6014541


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...