Friday, 17 April 2009

HoHoHo...

Salam Jumaat....
Semenjak bersiaran daripada persekitaran @ cubical @ partition baru di tempat kerja...penyakit 'M' banyak menguasai untuk menulis dalam blog....
Apa tidaknya....
Mereka...
Kring!Kring!Kring!...Bla..Bla..Bla...Kring!Kring!Kring! lagi....Bla..Bla..Bla....Kring!Kring!Kring!....lagi dan lagi....
Kami...
Kring!...bila perlu sahaja...
Sebenarnya..tempat duduk kami ditempatkan selang-seli bersama unit lain ...maknanya campur!...bukannya unit A di bahagian depan dan unit B dibahagian belakang...tetapi sebelah menyebelah....sebelah kiri A, sebelah kanan B daripada unit mereka...
Hohoho..agak pening sebab skop tugas mereka tidak sama seperti kami....walaupun masih dibawah BAHAGIAN yang sama...
Mereka...
Terlalu serius...mata asyik memandang PC...mengangkat telefon..berkejar ke mesin pencetak dan pendua...lagi dan lagi...
Kami...
Heheh....bersantai....sampai suatu ketika dari Pengurus sehingga pekerja bawahan boleh berbalas emel (dengan membalas 'reply all') membuat lawak sebab dah terlalu tertekan dengan keadaan persekitaran....sebab persekitaran dahulu tidak sama langsung dengan sekarang....
Keadaan diatas sudah tidak menyeronokkan untuk menulis berjela² lagi..huhu...
Sungguh tertekan nok!
NOTA KAKI:
* Kring!Kring!Kring! = bunyi telefon ya..bukan bunyi apek jual aiskrim..:p
* Abaikan tajuk sebab dah tak tahu nak letak apa...:))

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...