Wednesday, 6 October 2010

Aiyok kene marah....

Nuffnanger sekelian...tokey dah marah tu..toksah la main ngelat yek...nanti tokey dah blacklist blog korang baru tau....peringatan tu...



Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2
jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign
yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click
(CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang
disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang
terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan
sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. Aktiviti click
fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh
pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan
yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan.
Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut
berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam
blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan
aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh
digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang
telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang
terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam
komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang
membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil
tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas
dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum
ialah:

- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan
komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik
sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam
setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara
berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas
dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau
pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda
menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan
melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama
ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,

Robb Chew

Jabatan Perhubungan Blogger

Nuffnang Sdn Bhd

4 comments:

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...