Friday, 29 October 2010

Seharian yang sibuk...Part 1



Semalam jumpa doktor pakar Dermatologi (kulit) kat hospital Serdang untuk appointment ke-2 dalam masa 2 bulan. Berharap sangat si tecit tu dapat tido awal sebab dah penat kan. Banyak lagi tempat nak buat urusan.....

Kami keluar rumah pukul 10.45 pagi sampai hospital pukul 11 pagi...amik nombor dapat lah nombor ni...

Cuba tengok NO SEKARANG tu berapa? 1329 beb!! kira berapa orang lagi nak sampai nombor ahkak.

Ahkak dok rilek kat kerusi sambil tunggu ahbang tengah cari parking. Kaunter bukak ada 4. Tepat 11.30 pagi nombor ahkak keluar kat skrin. Daftar+baya RM5 (kalau 1st time FOC je) naik tingkat klinik Dermatologi. Amik nombor lagi lebih kurang kene tunggu lagi 6 orang. Nombor ahkak dipanggil pada pukul 12.15 tengahari dan semuanya siap di periksa oleh doktor dalam masa 15 minit!! Soalannya...berapa lamakah kami di hospital kerajaan? Kesimpulannya, tidaklah begitu lama berurusan dengan mereka. Sebab tu ahkak takmo pegi awal pagi sebab natijahnya akan dapat lambat...teramat lambat...sendiri penat dan sakit hati kan...lagi sakit hati kalau pergi klinik biasa tak baik+dapat ubat yang sama+duit pun habis huhuhuhu

OK la kan setakat 1 jam setengah berurusan kat sini.

Banyak tak ubat??? gambar atas tu masa 1st time jumpa doktor...memang banyak ubat sampai sekarang belum habis lagi dah jumpa 2nd appointment!! ubat ni untuk krim mandi+sapuan harian+krim luka+krim untuk muka dan leher....gambar bawah hanya seketol je ubat krim sapu....ini pun kalau terjadi luka...kalau tak boleh simpan dalam frame...eceh! (nampak kan tajuk ubat? sapa yang perlu tu boleh cari kat farmasi...takpe boleh je...tapi jangan lupa bayar...kat hospital ni FOC ajok..).

Alhamdulillah...perkhabaran gembira ye...si tecit diwartakan sebagai bukan pesakit ECZEMA!...appointment pertama dulu pun doktor cuma syak sahaja...sebab doktor kali ni cakap kalau betul eczema yang satu badan tu..tak kan sembuh secepat ini...doktor assume ni hanya gejala kulit sensitif je sebab sampai sekarang si tecit bila kena gigit menatang tak kira la semut ke nyamuk ke...mesti ada bintat dan tinggalkan kesan..kalau terlambat tak nampak dia garu melecet dan berdarah la kan...tu tinggal parut tuh...ubat seketol yang dapat tu untuk krim bila si tecit di'ciom' nanti...lagi satu penyebab kulit tak ok mungkin darah kotor sebab sejarah si tecit dah kena denggi dan chicken pox!

Tahu tak...sebelum nombor dipanggil si tecit dah tido kat bahu abah dia...bila dipanggil gitu lah dia sampai lah doktor kata baringkan atas katil dia nak cek kaki badan semua....ehhhh doktor punyalah angkat2 kaki...merengkan badan dia...tak sedar ok si tecit...dibawak dalam syurga kekdahnya....semua dah tergelak (ramai doktor pelatih)...sampai ke sudah masuk dalam kereta sampai ke Alamanda baru dia bangun....penangan tido pukul 1 pagi!!...

Oleh itu, mula saat ini tak payah lah dicatu lagi makanan si tecit...itu tak boleh..ini tak boleh...mostly makanan yang tak boleh untuk pesakit eczema...memang masa tu berpantang makan ayam, ikan bilis, kekacang, telur dan daging (memang tak pernah bagi pun), ikan2 yang gatal...dll.....yelah takut lagi teruk kan....tapi kadang2 ahkak culas gak bagi ayam/ikan bilis...yelah sebab tak tahu dah nak bagi menu apa...lauk2 tu pulak memang sentiasa ada...tapi bila dah makan si tecit nampak ok...

Bila dah masuk setahun, orang kata dah boleh makan makanan orang tua (secara pelan2) ahkak on je lah dalam 2-3 minggu sebelum appointment kali ke-2...siap penyet nasik lagi...pulak tu masa besday si tecit...maksunya buat begedil ada daging...ahkak pun lupa ada daging dalam tu...bedal je bagi si tecit....Alhamdulillah semuanya OK saja...syukur sangat2....

OK..mari kita sujud syukur...Amiiinnn.

Sambung Part 2


1 comment:

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...