Monday 6 December 2010

Tutorial nak dapatkan anak



Haha ok..tiru je tajuk..senang cerita....tak boleh blah punya tajuk...si MamaDiera ni lah punya entry....nak menambah la tu yek...takpe..practise make perfecthttp://www.emocutez.com


Ahkak dapat daripada BLOG INI...kopipes je lah ek....sebab blog dia dah background hitam daaaaa....


OK...mulakan...kene tahu bila subur.... Selepas itu...masa untuk merancang pulakkkk....


KALENDER KESUBURAN BULANAN



(Let's say haid jatuh pd 1hb)


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10 hari)


Hari Subur (untuk mendapatkan baby boy): 11,12,13,14,15,16,17 (7
hari)


Hari Subur (untuk mendapatkan baby girl): 18,19,19,20,21,22,23 (7
hari)


Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)


Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula
berfungsi selepas hari ke 10.



Sumber: Dr.Hamid Arshad's Q&A article

Bagaimana merancang jantina?



Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.



Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y.



Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).



Ciri-ciri benih:



Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.



Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Haaahhhhh ni yang ditunggguuuu...PANDUANnyaaaaa....



Merancang anak lelaki:



1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan (Rancang pemakanan ni 2-3 bulan awal2 sebelum mencuba. Jgn lak mase dah lekat baru nak makan.. dah tak kira dah tu..)



2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.



3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonat dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) boleh dibeli dari farmasi.



4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan:


1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Panduan lagi...baca jangan tak baca...


Untuk dapatkan anak lelaki:

1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan.

2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

Untuk dapatkan anak perempuan:

1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan.

2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.

Sumber: cakap.net

OK..tamat suda...dah boleh PRACTISE ye...hahaha...apepun kita berbalik kepada Qada' & Qadar daripada ALLAH SWT....berusaha perlu...tapi bila tak memenuhi impian jangan pulak meratap meraung dan berkesal hati....terimalah ANAK itu tak kira jantina..kerana dia ANUGERAH ALLAH yang tak ternilai.....

4 comments:

  1. thanks sebab share ya. info yang sangat berguna ni! memang saya tengah bercadang2 ni..hehe

    Entri Terkini Nia:
    Shawl & Blog Badge Percuma!

    ReplyDelete
  2. Nia:
    welcome..
    agenda meramaikan umat pasti di alu2kan..hehe

    ReplyDelete
  3. gud info la ayu
    boleh cuba diparaktikkan
    tapi bukan skrg lah
    nanti hujung 2012

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...