Tuesday 15 March 2011

Botol susu lagi...

Assalamualaikum....



Hah isu hangat ye sekarang ni...selain gempa bumi & tsunami di Jempol Jepun sana...Hari ini isu "Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat"...katanya....

“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,”

Pulak dah.....tapi bila dah keluar amaran camni....mencegah lagi baik dari mengubat...kan....ye lah indusrti nak tukar mesin bagai perlukan juga masa....atas kita je lah nak lebih alert ke tak dengan isu ini....sebab rasanya isu ni beberapa tahun lepas dah diwar-warkan cuma takde lagi hitam putih daripada kementerian kan....

Ce tengok perbezaan gambar ni...

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan. *Gambar Berita Harian*


INFO: Bisphenol A (BPA)


  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

    Dan ini gambar dari blog ini.... mengenalpasti jenama botol susu yang BPA FREE....



Selamat meng-audit botol-botol anak anda yeppppp....hahaha



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...