Wednesday, 2 March 2011

Resepi Chilled Oreo Cheesecake

Assalamualaikum....

http://www.emocutez.com
....Atas permintaan ramai di FB..ececece..padahal permintaan mami mia ni..haha..katanya nak share resepi dengan kawan² dia...jadi ahkak tepek la semula resepi ye....gambar kek di SINI...tak kuasa nak upload lagi sebab gambar blogspot kat sini kene blok...ciss!!!


Bahan Base:

  • 330g biskut oreo (asingkan krim, krim jgn buang)
  • 70g butter/unsalted butter


Bahan Kek:

  • 250g cream cheese (keluaran Tja)
  • 200g whipping cream
  • 1 sb gelatin (keluaran Halagel), larutkan dalam air panas sampai tak berketul
  • 1 sb lemon (guna limau nipis je )
  • Krim biskut oreo yang tak bagi buang td...
  • Biskut oreo tanpa krim..patah 4...klu tak letak pun takpe...kalau letak jadilah mcm gambar tu..ada filling kat keknya..

Cara:

  1. Mixer cream cheese dan baru masukkan whipping cream dengan kelajuan sederhana selama +-5 minit.
  2. Dalam tempat lain, satukan gelatin dan air lemon.
  3. Masukkan 2. ke dalam adunan 1 tadi...mixer sekejap.
  4. Masukkan krim biskut oreo...mixer sekejap.
  5. Masukkan kepingan biskut oreo yang dah patah 4 tu dan kacau.
  6. Keluarkan Base daripada peti ais dan masukkan adunan kek.
  7. Simpan dalam peti dam 4-5 jam atau semalaman.
*Tak guna gula sebab dah ganti dengan krim biskut oreo yg sangat manis gile...whipping cream pun guna yg manis...
*Nak tebal doublekan adunan lah yer..Resepi asal dari internet tapi dah lupa sapa punya...seperti biasa 'derhaka' pada resepi asal....http://www.emocutez.com

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...