Salam Syawal....
Isu puasa selepas Syawal ni...
orang perempuan la kan...
dengan ABC tiap² bulan...
*ABC=Allah Bagi Cuti*
nak rebut pahala puasa sunat 6 lagi..
kalau nak puasa Qada' dulu...
kadang tak sempat nak puasa sunat 6 sebab ABC....
bila nak utamakan puasa sunat Syawal...
ada kata kena utamakan yang Qada' dulu...
macam² keluar fatwa dan pendapat...
mana yang lebih afdhal buat dulu...
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Artikel penuh
DISINI...
Baiklah....
ada diantara kaum hawa ni...
memang rajin berpuasa...
puasa sunat Isnin dan khamis...
puasa hari putih pun tibai sekali...
kalau mengikut hadis Aishah RA..
puasa 6 dulu dan yakin boleh sambung puasa Qada...
6 hari + 7 hari (tempoh kebiasaan perempuan ABC)...
dah 13 hari dan bagi mereka yang rajin puasa ni...
Insya'Allah tak ada masalah...
kalau yang kurang biasa, ABC dalam Ramadhan pun dah mengeluh...
"teruklah nak ganti ni nanti"
kalau dah macam ni memang
option 2 in 1 digunapakai la kan....
gabungan puasa sunat dan Qada'...
bila dah bergabung ni pahala yang dapat pun berbahagilah juga kan....
maklumlah iman dikala bukan Ramadhan ni...
sentiasa goyah dengan makanan....
ditambah lagi dengan jamuan rayanya...
bukan takat hujung minggu....
diofis setiap unit pun buat...
belum lagi hari² kat meja
pantry terhidang segala kuih raya...
hehehe......
"Tanya Iman, jangan tanya Aiman"
Kalau setiap bulan kita ada
reward diri..
baju baru...
skirt baru...
tudung baru...
selipar baru..
makan sedap dan
special...
*antara contoh² sahaja*
sekarang ni adalah masa untuk
reward rohani kita...
yang setahun sekali kot...
takkan setiap tahun sama je...
kalau kerja kita kejar KPI...
amalan pun patut kita kena kejar KPI juga kan...
Jadi elok perlahan² meningkatkan iman kita...
kalau selama ni asyik bergabung 2 in 1 je...
boleh usahakan puasa seperti hadis Aishah RA...
tapi bila dah buat seperti hadis Aishah RA ni..
pendapat ahkak kenalah habiskan semua sunat dan Qada'
one shot....
manalah tau umur tak panjang dah berhutang puasa pulak...
ada berani?
Ikutkan macam² pendapat ulamak keluar ni...
ikutlah mana yang boleh diterimapakai...
semua tu pun untuk kita buat panduan...
anda buat, anda dapat...
anda buat lebih, hasilnya dapat lebih...
haaa begituuuu....
Nota Kaki:
Gambar raya esok je lah yeeee...