Tuesday, 26 August 2014

Semalam yang Kebetulan...

Assalamualaikum & Hai....

Semalam sambung cuti...
MC sebenarnya...
wabak ceri-beri kami berdua...
*sebab makan kat luar*
mujur tak kena kat anak...
walaupun hanya ceri-beri lite je..
haruslah mintak cuti daripada doktor gak...
dahlah ahkak ni naik komuter...
sejuk pagi asyik 'rasa' je perut tu...
terkucil disamping bauan nanti, cemana?
tak senonoh tau!
tapi yang MC ahkak je lah...
apak tu baru balik kerja pagi jadi fikir nak tidur je lah..
lagipun tahap lite je kan...

Jadi...
seharian cuti dibagi doktor tu...
dimanfaatkan lagi bersama anak..
siap kutip anak² Mama balik sekolah..
kebetulan balik dari klinik dah hampir waktu habis dia sekolah...
terus call Mama bagitahu nak ambik bebudak tu...
seronok sangat dia tengok amak dia ambik...
siap panggil kawan² yang selalu dengan Mama...
kira punya kira 7 orang semua termasuk dia...
penuhlah belakang kereta tu dengan budak² cekenit...
sampaikan dia kata...
"esok Ummi amik sekolah lagi tak?"
haihhhh meruntun jiwa...
kalaulah....

Dan kebetulan lagi...
sampai rumah ambik bebudak tu...
orang Asterok datang sebab kitorang dah 2 hari bergelap...
sepanjang 2 hari tu layan CD je lah...
walaupun katanya hari Sabtu memang seluruh Malaysia Asterok black out kan...
problem kitorang sebelum tu lagi...
bukak je nampak gelap...
cek bil masih aktif...
ishhhh...buat sakit hati je...
cek sana cek sini...
tah lah apa dia cek..
ahkak tak amik kisah pun apak ada melayan...
masak lagi best...huhu!!

Nanti bulan depan habis kontrak setahun tu...
tahulah kitorang nak buat apa dengan Asterok ni...
dah lama menahan ni...
yang tu dah jadi nanti kita cerita lagi..

Eh macam banyak kebetulan pulak kan...
Allah kan perancang...
kalau tak makan kat luar tak adalah kena ceri-beri...
dan tak adalah dapat melayan anak camtu...
dan kalau jadi sebaliknya...
bekerjalah kita semalam tu kannn...

Oh ok pasal semalam...
memang macam semangat je duduk rumah...
aman kepala ni tak fikir pasal hal kat ofis...
*walaupun nampak 4 kali nombor ofis naik harharhar*
kalaulah kan....
yelah duduk kat bandar besar ni...
kena saling melengkapi...
kalau seorang je yang kerja dengan pendapatan sederhana...
macam harini hah...
dapat gaji dah...
klik sini, klik sana...
baki? Allahurabbi...
hanya Dia yang Maha Mengetahui...
hihihihi...

Jadi usahalah sedaya upaya...
dengan side income...
hah tulah pasal ni adakalanya...
orang berfikiran lain...
mengata kita pulak dah punya segalanya...
"ko bolehlah niaga mesti banyak masyuk"
kalau orang camni ahkak memang banned je...
ahkak nak menjual dengan ikhlas...
dan ahkak pun perlukan customer yang ikhlas nak membeli...
*barakah juga perlu, bukan setakat dapat duit je*
bukan banyak perli daripada membeli...
bukan banyak mendesak daripada memahami...
gitewww...

Faham ke idok....
eh rasanya macam dah keluar tajuk je..
ahahahhah!





No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...