Friday, 8 August 2014

Cerita Raya!Raya!Raya! Part 1

Salam Syawal....

Huiiiii....
hari Jumaat semua pakat cerita pasal raya eh...
ahkak nak selit jugak tapi tak delah semeriah gambar cam korang...
boleh tak? boleh tak?

Gambar ni lupalah malam raya atau malam kedua...
tapi maaflah ya gambar tak cantik...
cuma nak tunjuk je bulan sabit tu ha...

Alamak! macam ada entiti pulak atas bumbung ke langit tu hehehe
Nampak tak? nampak tak? walaupun tak nampak sangat bulan sabitnya...bolehlah kan..
Subhanallah! cantik terang benderang bulan sabit tu...
tapi tulah tak ada kamera power cenggitu lah rupanya...


Macam biasa menu pagi raya kat Utara...
ketupat palas, rendang daging, lemang, ayam masak ros....
ahkak tambah masak lodeh yang dipadankan dengan nasi himpit...
disebabkan orang sana ada yang tak reti makan nasi himpit dengan masak lodeh...
maka tambah satu lagi menu iaitu kuah kacang....
tetiba ada versi Johor pulak eh kat situ....
*sebenarnya lebih kepada tekak anak, pulut manalah budak kecik tu makan*

Sebahagian je menu..tengok ketupat palas tu macam² versi ada....
Telur rebus? haaa jadi feel Lontong la jugak kan...
Ketupat palas tu hat besar tu ahkak yang bawak...
kan asalnya tak dapat balik raya...
jadi order je lah kat sini...
sekali dapat setepek besar tapak tangan...
pehhhhh!! jenuh nak habiskan sebiji tu...
pulak tu order 50 biji ko!!
hahaha bunyi macam nak balas dendan pasal tak balik raya...
tapi yelah takan nak order tu 10 biji cam tak baloi je...
bila dah 50 biji tu dapatlah 5 bahagian...
boleh bagi ke jiran, handai taulan malah sampai ke Johor pun ha...
abang ahkak bawak balik masa dia datang berbuka haritu...
dapatlah dorang merasa....

Ok dah tepek je lah gambar raya...

Apak dengan Amak muka sendu apehal?
Black itu menawan...
baju baru cuma jubah si kecik tu je lah...
jalan² terpandang jubah kiut ni ha...
rembat je lah...
kami ni baju lama je..
tapi jadi lah juga warna tema gak kan...

Bertiga dengan Mak Tok & Tok Abah
Tak sempat nak ambik gambar reramai...
baru setting timer orang dah datang beraya....
ini je lah keluarga kecik kami...

3 comments:

  1. uwaaaa jelesnya xdapat gambar samaaaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
  2. Mak dgn Apak penat bakar lemang kot malam raya.... hehehehee.....

    sendu2 pun yg penting rayaaaaaaa..!! hehehehe.. :)

    .

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...