Baik budak ni...
tak tanya pun pasal baju raya dia..
mungkin sebab dia dah tahu yang tak balik raya..
tapi takkanlah kan sebab tak balik kampung..
nak abaikan keseronokan budak²...
makpak ni takpelah dah puas ada baju raya...huehuehue!
Semua pun last minute...
masa tahu cuti apak approved terus semua pun rasa macam tak cukup kakitangan...
dengan baju tak berpacking...
dengan tempahan orang berbaki lagi...
dengan fikir nak habiskan bahan² mentah...
dalam pada tu berfikir pasal baju raya budak kecik ni...
masa ke PKNS Bangi tu lepas ahkak balik kerja...
memang blur main terjah je...
disebabkan tak bertema...
serah je lah kat dia nak warna apa baju raya dia...
suruh je dia pilih....
mula² kuning...
lepas tu hijau...
tengok material kain semua...
dan biasalah ada juga tak ada saiz, maklumlah dah lambat kan...
Tapi punnnn budak ni...
macam ye tak ye je nak baju raya...
tak excited pun hah...
lagi sedap lari² sorok kat baju semua...
nak suruh cuba baju pun susah...
kitorang pun keliling dulu lah ambik mood...
ternampak area jubah²...
asalnya telek jubah dewasa...
sekali ternampak jubah budak...
nampak kelabu..cantik!
tapi tak ada saiz dah...
tarik hitam belek²...
tiba² dengar suara...
"nak jubah!"
*kalau daripada awal lagi bagitahu nak jubah kan senang nak oi*
Ok setel masalah...
maka bejubah hitam la anakanda kami...
Muka nakaiii!! |
Ahmad Jubah!!
No comments:
Post a Comment