Monday, 18 May 2009

AIR tangan GURU..

*walaupun ucapan ini sudah terlewat beberapa hari...

...SELAMAT HARI GURU...
kepada semua...
bergelar GURU secara rasmi...
tetapi hakikatnya...
setiap orang adalah guru...guru kepada diri sendiri...
jadinya kita sebagai seorang yang berjaya...juga kerana GURU...


**************************************************************************************

Belum terhapus memori...

Kisah Si Comot yang Nakal..
Musim peperiksaan...
Darjah 1 Kenanga...
Kertas Bahasa Malaysia..
Soalan berbentuk gambar dan tajuk/maksud untuk disuaikan dengan kaedah mewarna..

Khusyuk membaca soalan...dan dengan yakin mula mewarna...tiba²..kertas soalan ditarik dan...
PANG!!
Wooo...kene sedas di pipi...
Sakit? Errr..."gua kan rock nakal..mana boleh nangis"..
Mata guru terbeliak..menyeringai gigi geram..
"Saya belum baca soalan...belum suruh buat..kenapa awak dah buat???"

Si Comot yang Nakal terpinga²..diam..

Guru menghulur kertas soalan lain yang masih belum ternoda oleh pensel warna..
Sambil membelek kertas yang dirampasnya tadi...

Belum sempat Si Comot yang Nakal menulis namanya diatas kertas soalan baru tadi..
Guru menghulurkan semula kertas yang ternoda tadi...

"Tunggu saya bacakan soalan..buat dengan kawan² yang lain..yang awak warnakan tadi dah BETUL jawapannya"

==========================================================================================================

Hehehehehehehehehehehehehhehehehhehehhe!
Sia² je kene lempang kan...

Rasanya kalau murid sekarang kene lempang, mau mak bapak report polis..serang sekolah..lempang guru tu balik kot..heh!
Beza dulu dan sekarang kan...dulu kene lempang masih buat muka cool...rock!! lalala...

Ternyata...Si Comot yang Nakal itu mempunyai kelebihan sedikit...cepat faham dan dah boleh membaca sendiri berbanding yang lain....sebab tu dia tak sabar nak menjawab soalan kan...

Hasilnya, bila keputusan peperiksaan keluar...Si Comot yang Nakal itu menduduki takhta teratas!! Guru itu menghadiahkan sebuah kamus kecil beserta signaturenya yang masih lagi disimpan sehingga sekarang...Sebagai tanda semangat untuk Si Comot yang Nakal terus belajar...atau mungkin juga tanda menyesal tak pasal je beri pelempang agaknya..

Guru itu sebenarnya sudah berusia emas..mungkin 2-3 tahun lagi bersara...jadi, setelah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan..pastinya..mungkin juga sekarang guru itu sudah kembali ke rahmatullah...AL-FATIHAH kepada Cikgu Sharifah...

Memori ini tidak akan terpadam sampai bila²......

NOTA KAKI:
* Memori itu juga bakal diriwayatkan ke anak²...kisah Maknya kene lempang dengan cikgu sebab dah tak sabor nak me'ngaler' gambo..ha ha ha....


2 comments:

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...