Thursday, 3 November 2011

#Ganyang Aedes -Part 1

Assalamualaikum/Hi...

~Jom Ganyang si belang!!~

Cerita pasal si belang hitam putih ni....terkenang tahun lepas...rasanya belum lagi ada entri yang digarap sebaik-baiknya...yang ada cuma entri pendek ini...sudahnya peristiwa berkepam dan berlalu dan berumur 2 tahun pun si kecik nih...

Ahkak tak mampu nak kenang balik masa tu..macam tak terkata dah masa kejadian tu...dan selepas...macam tak nak ingat lagi...tak kuat pun yer...mungkin orang tengok tak sepertinya sebab ahkak ni selagi boleh senyum dan tertawa, ahkak buat..lainlah kalau dah tahap mata berdarah sebab urat kecik mata putus.....huhuhu...

Sekarang ahkak sudah kuat....Insya'Allah untuk anak mesti kene kuat dan sihat....bukan macam iklan milo, tu boleh mengundang mengantuk dan berlemak..haha...


8-10 April 2010
Hospital Swasta

Mulanya demam yang tak kebah...pergi hospital swasta dan balik semula ke rumah sebab masih belum kenalpasti apa penyakitnya dan diberi ubat..makan dan minum susu masih berselera...bila tengah malam suhu semakin meningkat dan meningkat kami pergi terus ke kecemasan hospital kerajaan...dari tengah malam hampir ke Subuh kami jadi penunggu setia...mujur dia tidur, letih dengan keadaannya yang semakin tak sihat....masa ni memang nampak dia dah slow down tapi masih nak minum susu dan sesekali senyum...senyum manis.... 

Tiba giliran masuk...dia terbangun dan tak menangis...dia senyum bila diagah...macam tak sakit...dah doktor pun senang buat kesimpulan, senyum sinis dan geleng kepala..dia kata tak ada apa perlu risau...tunggu sampai dia tak mahu minum langsung baru bawak lagi...tak perlu lagi dalam waktu begini pukul 3 pagi susah payah bawak hospital...bla bla bla..disebabkan doktor yang aku kira sebagai kurang sopan, senyum sinis, geleng kepala dan mentertawakan menyebabkan hati kami sakit...tengok anak lemah tapi masih boleh cakap macam tu...kami tahu ini anak pertama...sekurang²nya bagilah kami nasihat yang elok dan berbahasa...


Dengan bekalan ubat...kami tunggu dan lihat sampai ke petang....masa tu baru simptomnya jelas...dia sudah tak mahu minum susu...kami bawa kembali ke hospital swasta...sebab kami dah rasa sakit hati dan memikirkan masa yang terbuang untuk menunggu di hospital kerajaan....bila doktor periksa keadaan ubun²nya yang lekuk, doktor kata dia sudah hilang banyak air...suruh warded sementara disitu...untuk cek darah dan sebagainya....

Bila cek darah ternyata confirm DENGGI!!...dengan kadar keputusan dibawah 50 selama 3 hari adalah merbahaya...yang paling menghibakan ialah mencari tempat jarum untuk dicucuk...tak jumpa!....bila jumpa adakalanya tertanggal sebab melasak.....meraung je lah dia...part meraung tu memang sesiapa pun dengar kalau tak sedih bukan orang la kome....


Lihatlah...kapas ditangannya...bekas tusukan jarum untuk mengambil sampel darah...dan juga jarum drip untuk dimasukkan air...masa pula banyak dihabiskan dengan tidur....bangun pun sekadar menyusu...main pun sekejap je...tak daya...suhu badannya naik turun...bila terlalu panas akan dimandikan dan selalu dituam untuk kurangkan suhu.....lemah..memang lemah...tapi bila ada orang datang melawat...dia senyum...

Terima Kasih kepada yang datang melawat...aku pun dah lupa siapa...yang aku ingat Shida, Makusu dan dari belah aku dan Pakjang dan Makjang dari belah suami...maaf kalau ada yang tertinggal..sungguh aku lupa...


Dengan keadaan lengan tangan, kaki dah penuh dengan tusukan jarum dan doktor disini seakan sudah kelamkabut bila setiap kali keputusan darah bukan keputusan yang baik...Akhirnya, aku minta dia dirujuk ke hospital kerajaan.  Aku mengharapkan PAKAR di hospital kerajaan. bukan seperti doktor di bilik kecemasan itu.

~Jom Ganyang si belang!!~

-bersambung-
maaf tak daya nak ingat, cam air hujan je turun air mata ni :(


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...