Friday 11 November 2011

True Loving at 11.11.11

Assalamualaikum....

Baiklah...tajuk ada kene mengena..tapi tarikh tak yer...cuma teringat hari ni tarikh cantik...hari Jumaat lagi..jadi entri ni sesuai untuk hari ni..iaitu membantu sesama insan....tajuk pulak berkaitan sebab syarikat yang kelola amal ni adalah The True Loving Company - TLC...
Pernah nampak tak logo tu bila kita ke pasaraya beli barang?...mesti pernah nampak kan....lepas ni kita tengok produk daripada TLC ni...apa yang boleh kita sumbangkan untuk charity...sebelum tu kita tengok dulu diantara badan² amal kelolaan dibawah TLC...antaranya adalah...


RUMAH AMAN yang ditubuhkan pada tahun 2005 adalah sebuah rumah kebajikan untuk anak² yatim dan anak² keluarga susah untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan seterusnya mendapat kehidupan yang sempurna.  Terletak di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Info selanjutnya disini
Sebelum ni memang tak tahu langsung pasal TLC ni...padahal nampak je logo kat barang²..tu la tak rajin membelek..kadang² beli telur pun ada logo ni..kan?...eh?....

Inilah antara barang² yang selalu kami sekeluarga guna...dengan harganya berpatutan...guna pun untuk mencuci je kan...bau pun sedap...tak syak lagi memang kalau dah habis memang cap ni je amik..kata malas nak membelek cap lain kan..he he he ...



Jadi lepas ni boleh teruskan hasrat dihati dengan menggunakan produk² TLC untuk membantu RUMAH AMAN. Walaupun mungkin nampak sedikit..yang penting MEMBANTU dan BERAMAL...kepada yang hendak menderma secara wang ringgit juga boleh terus hubungi mereka.

Bayangkan mereka ini anak, adik atau saudara terdekat kita.  
Mereka perlukan perbelanjaan untuk pendidikan dan kehidupan untuk masa hadapan.

Sebarkan (spread the word) jika anda benar mahu membantu dan
Sebarkan banner badge ini di blog anda sekurang²nya mereka membaca dan tahu ada antara anak² ini yang memerlukan bantuan kita.

*picture credit to Nuffnang & TLC

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...