Thursday, 10 November 2011

Moga bertabah...

Assalamualaikum....

Dimulai dengan berita gembira sebelum beberapa hari raya haji hari tu...sebelum tu dia dah hint kat ahkak tunjuk '2 line' tapi pudar...tapi masih belum mahu confirm kat klinik sebab belum seminggu pun delay period...

Selepas tu nenek meninggal dan hari itulah dia warded sebab bleeding....dan doktor saspek EKTOPIK...

Doktor suruh rest kat rumah dan selepas ahkak call atau SMS dia tak jawab dan bila status FBnya dia meminta maaf kepada semua supaya tidak diganggu maka ahkak assume dia memang tidak mahu diganggu ketika itu maka ahkak berdiam diri sehinggalah raya haji dan seterusnya...line telefon kat kampung pun bukan clear sangat...sehinggalah....

Dalam mamai golek² atas katil sebab paginya baru je sampai dari kampung....masih penat..masih pening...ahkak terima SMS..."Suda operate tadi malam, buang tiub kiri. bb pun da tade. huhu"........tergamam ahkak sekejap....

Dia dimaksudkan adalah ahdek sayam ahkak....baru nak hepi² Mia bakal dapat kawan...tak pe dik, rehat puas² pasni kita usaha lagi...eh?

Info berkenaan EKTOPIK atau HAMIL LUAR RAHIM

Kandungan ektopik juga dikenali sebagai kandungan dalam tiub. Ia adalah keadaan di mana embrio melekat di tiub fallopo bukannya di rahim. Tanda-tanda kandungan ektopik termasuk kesakitan yang teruk pada abdomen atau pelvik, pitam dan sakit di bahagian bahu.

Kebanyakan kes kandungan ektopik memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan embrio. Sekiranya tidak dibuang, embrio yang semakin membesar akan menyebabkan tiub fallopian pecah berlaku pendarahan dalaman dan boleh membahayakan nyawa ibu. Sekiranya dapat dikesan pada preingkat awal, pembuangan sedikit sahaja tisu embrio sudah memadai maka tiub boleh diselamatkan. Kebanyakan kes memerlukan tiub dibuang. (sumber)


1 comment:

  1. tq akak.. adui sy nak update blog ni pon bercinta.. nak tulis sume yg jadi supaya sy sendiri leh jadi rujukan.. adehhh lama jugak nak amik feel nak bangun balik heheh.. walau pun ader yang kata, ala kecik lagi ponn.. tapiii ntah la,. bukan rezeki kami kan.. tq kak.. kamu la satu2 pendengar setia.. sayang kamooo..

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...