Saturday, 3 December 2011

Resah...

Assalamualaikum....

Sekarang ni bila bunyi SMS, hati ini berdebar...apetah lagi bunyi ringtone...

Malam tadi terlena seawal 9.30 malam sambil menidurkan si kecik...ahkak terjaga pun sebab bunyi burung berkicauan (malam pun burung berkicau? ok next entry cerita)...rupanya bila tengok skrin HP ada beberapa SMS dan call...tengok masa SMS dan call secara berderet...patutlah burung tu berkicau...mengganggu habitat dia kekdahnya...

Hati mula berdebar...ahkak tak suka dapat mende cenggini malam-malam, apatah lagi pagi hening...menunjukkan sesuatu yang tidak happy....ternyata betul, SMS memaparkan pemberitahuan pakcik di ICU...


Pakcik yang kami panggil Wak Rom, adik kepada arwah bapak....memang balik kampung kenduri haritu keadaannya nampak tidak sihat, ahkak pulak bila baru sampai haritu salam semua boleh tak perasan Wak Rom, padahal dia duduk je situ antara dorang...adoi ahkak ni rabun kalah mak nenek!!..mujur mak cuit-cuit bagitahu dah salam Wak Rom belum.....memang nampak wajahnya cengkung tapi masih tersenyum...

Moga diberikan kesihatan walaupun SMS mengatakan beliau masih tidak sedarkan diri kerana penyakit paru berair dan buah pinggang dah rosak sebab jangkitan kuman...apapun doa yang terbaik untuk beliau...Amiinnn....


Resah...

Ahbang pun belum balik dari kerjaan shift malam, nih...iskkk

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...