Assalamualaikum....
UPDATE:
Lokasi Bangi :p
*************
Lama dah simpan cerita ni...
sebenarnya dah lupa...
tapi bila godek
folder ternampak gambar dan video...
terus teringat balik...
Cari balik
entry draft pasal tu...
entri pertama pada bulan 10 lagi..
Pada mulanya tak terniat pun nak cuba kat sini...
tapi entah petang tu teringin pulak sotong goreng tepung...
pulak tu ada ofismet (nama Ana juga)...
cerita dia makan kat sini dengan
family...
SEDAP!
terus je lah
suggest kat ahbang makan sini setelah seharian golek² kat rumah....
sebelum tu ahbang ada bagitahu yang kawan dia cakap tak sedap...
uhuhuhuhuhu!!
Sampai je orang belum ramai....
tapi cuaca memang sendu...
dah memilih segala haiwan...
kami cari tempat duduk....
si kecik ni ternampak pulak gelongsor...
nampak budak lain main...
dia pun nak jugak...
ok takpelah melayan...
sebab ahkak tahu asal dia dapat keinginan...
lepas tu kita pujuk dia dah ok...
kalau tak dapat tu yang dia -merolak-...
errr meroyan+melalak :p
Cuma yang tak sedap hati...
gelongsor tu tinggi sangat...
bukan jenis biasa kita nampak kat
playground...
macam gelongsor buatan sendiri....
mula² ahkak tak bagi...
tap si kecik nak juga...
tak sedar diri yang dia tu kecik fizikal daripada budak² lain....
semua dah besar² dah....
ok
fine, ahkak bagi dia naik...
tapi masa kat atas nakgelongsor turun tu...
dengan sendirinya dia
surrender tak mahu..
hah tau pun takut!!
legaaaaa sebab dia tak mahu dan makanan pun sampai....
Baru nak jamu selera...
tik tik tik...
rintik hujan membasahi bumi (apa ni ayat sastera wooihhh!!)
tapi romantik je taklah lebat....
dah semua orang tukar tempat ke bahagian dalam...
Kami terperosok ke depan dekat dengan kaunter...
keadaan gelap sedikit...
lilin pun takde (penting untuk halau lalat yang sebenarnya daripada awal menatang tu dah bermain² dikawasan makanan kami)
Rupa-rupanya....
bermulanya kami makan dengan keadaan tak selesa....
LALAT!!
kemain lagi dia hurung makanan kami....
bukan seekor dua...
keadaan kami...
sebelah tangan menyuap...
sebelah tangan menghalau lalat...
Ahkak dah kumat kamit mulut...
"cane ni yang, makin banyak ni"
ahbang diam...
hadap makanan dan menghalau lalat...
ahbang kata...
"meja orang lain pun ada lalat jugak tu"
ahkak toleh sana, toleh sini...
Ya betul..
meja orang lain pun ada lalat...
mereka sempat berbual, sedas halau lalat...
mereka sempat bergelak, sedas lagi halau lalat...
mereka sempat termenung, sedas halau lalat...
kami?
tangan tak berhenti langsung menghalau lalat...
sayu tak? +_+
Bila keadaan macam tu...
si kecik ni pun dah rimas..
mula dah
cranky..
tak mahu makan...
ajak jalan sana, jalan sini..
ajak tengok gambar ikan kat sebelah kaunter tu...
ahbang kata...
"makanlah dulu...makan selagi boleh..rezeki Allah bagi untuk kita harini"
ahkak diam, tapi dalam hati macam gunung berapi ok...
kepala berfikir antara kata² ahbang dengan kata² hati...
tak makan membazir *tangan halau lalat...
makan je lah!!
Yang paling dramatik..
tempat kami tempat lalu lalang pekerja keluar masuk amik pesanan.....
pekerja nampak, tengok dan buat tak tau....
ada juga ragam si kecik meraung melalak...
org dah tengok²....
kasihan agaknya....
Makan dah memang takde nikmatnya...
telan² macam nak jaga anak sepuluh lari sana-sini..
padahal tak terkejar tangan nak halau
anak lalat!!
sempuuttt...
ahbang ada juga dia duduk semula sementara monitor si kecik daripada jauh...
makanlah juga sebab dah memang lapar...
kami
order :-
ikan bakar petai siakap
tomyam
telur dadar
sotong goreng tepung-
out!
sayur kailan ikan masin-
out! <--ini ahbang yang komplen sebab dia yang mintak....
Tahu..
gambar² ni gelap tak sesuai untuk dipaparkan (dan mungkin tak menunjukkan bukti apa² pun)
pencahayaan yang kurang (kan dah kata lilin pun takde, tempat pun tersorok)
guna pula kamera
handphone berpixel rendah :)
 |
Hemmpphhh.....inilah sayur kailan. sayur tak fresh...daunnya kuning...
seriously....yang ni memang TAK SENTUH pun..... |
 |
| Habis sebab meratah...mahal kan.... |
 |
| Nasi pun tak abis... |
 |
| Terubat hati dengan tomyam...lagipun kuah yang boleh menyejukkan 'gunung berapi' :p |
 |
Atas kiri : sotong goreng tepung yang...hemmmmmphhhh!! sendiri faham sudah...
Atas kanan : tengok tak bersentuh langsung kan sayur tu... |
Nampak dalam gambar...
licin je semua...
mesti ada yang kata...
"eleh komplen² pun licin gak"
licin tak semestinya sedap...
fikir bayar mahal tau +_+
Quote Fauziah Samad @ Kak Jee
First Impression is so very important!
Sebenarnya ketika
entry ni nak habis taip pun....
malah dah
draft dekat 2 bulan kan...
perasaan masih berbelah bagi nak cerita ke tak...
nanti dikata tutup periuk nasi orang pulak...
tapi bila
google ramai je yang memuji tempat ni...
TERBAIK..
SEDAP..
MANTOP...
Jadi ahkak rasa dengan
entry ni tak menjejaskan bisnes orang...
sudah ditakdirkan begitu agaknya....
bila dengar ahbang lak bebel...
"sebenarnya buat apa nak bising² sampai orang tengok, kita terima rezeki kita, lepas ni dah takpayah jejak lagi dah, kalau nak cerita kat blog pun abang ok je tapi jangan sampai mengaibkan sesiapa, lagipun kita bukan tipu pun, pengalaman kita sendiri kan..." <---ayat lebih kurang lah ye asalkan maksud sampai....
Betul kata kawan ahbang...
TAK SEDAP...
dan kami yang jarang makan luar terus jadi...
SERIK... +_+
Entri ini tidak mempengaruhi sesiapa...
ingin mencuba silakan...
kami doakan anda semua dapat menikmati hidangan yang sedap disini...
dengan Izin Allah SWT...
Selamat berhujung minggu ^_^