Wednesday 5 December 2012

Taska KEMAS PERMATA 2013

Assalamualaikum....

Info :)
KUALA SELANGOR 4 Okt. - Sebanyak 28 buah Taska Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka menjelang tahun depan. 
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sehingga kini pusat PERMATA negara telah berkembang dan mempunyai sebanyak 665 buah pusat asuhan di seluruh Malaysia.
"Sebanyak 354 daripada jumlah tersebut merupakan Taska KEMAS PERMATA.Seramai 22, 423 anak- anak telah menerima manfaat daripada penubuhan taska ini. 
"Oleh itu, kejayaan yang telah dicapai ini selaras dengan matlamat utama penubuhan PERMATA, iaitu untuk memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah, " katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska PERMATA KEMAS di sini hari ini. 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Hassan Mohd Amin.
Menurut Rosmah yang juga merangkap Penaung Program PERMATA, hasil kajian yang dilakukan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan sosial anak- anak PERMATA amat menyerlah dan lebih baik daripada kanak-kanak yang lain. 
"Mereka (anak-anak PERMATA) telah menunjukkan nilai self-esteem yang tinggi dan telah membuktikan bahawa proses pembelajaran yang menekankan pembinaan hubungan mesra serta kasih sayang antara pendidik dan kanak-kanak telah berjaya mendidik mereka menjadi lebih yakin," katanya. 
Selain itu, beliau turut berkata program PERMATA ini mendapat pengiktirafan yang besar oleh kerajaan sebagai kompenan penting di dalam sistem pendidikan di Negara ini.
"Peruntukkan yang begitu besar saban tahun daripada kerajaan jelas membuktikan bahawa kerajaan mengiktiraf pendidikal awal kanak-kanak," katanya. 
Pada pembentangan Bajet 2013 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sebanyak RM532 juta untuk diperuntukkan kepada KEMAS bagi tujuan pendidikan. 
"Selain itu, kerajaan juga telah mencadangkan geran pelancaran RM10 ribu kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECEC) bagi membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti,"katanya. 
Sehubungan itu, beliau turut berkata usaha murni untuk menjayakan program PERMATA ini tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada ibubapa dan para pengajar. 
"Tidak dinafikan ibubapa memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan insan dan pembinaan bilai budaya dan moral anak-anak, begitu juga para pendidik yang banyak membantu dalam mengasuh dan mendidik mereka," katanya. 
Diakhir ucapannya, Rosmah berharap agak anak-anak di negara ini dimanfaatkan agar matlamat untuk menyediakan modal insan yang berkualiti, berkreativiti dan berketrampilan akan dapat dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. 
"Saya harap agar Taska PERMATA KEMAS dapat di bina di setiap kawasan luar bandar mahupun bandar bagi memanfaatkan anak-anak dengan memulakan permulaan hidup yang terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...