Kami berkesempatan ke Taski ABIM Bangi, Seksyen 2 yang juga berdekatan dengan rumah....
nama Taski yang kami pergi ni Taski Saidatina Zainab...
ada satu lagi Taski Saidatina Aishah...
tapi lupa lak nak tanya apa perbezaan kedua Taski tu...
Taski tu dekat² je...
beza depan jalan dan blok rumah...
rasanya untuk perbezaan umur kot....
Mula² ahkak takut nak call..
sebab menggangu nanti budak² tengah belajar...
(padahal sebenarnyakan cuti sekolah mana ada budak belajar dahhhhh....grrrrrr...taski kosong ok)
ahkak pun SMS la pun...
mujurlah cikgunya sporting membalas SMS ahkak...
pada mulanya juga janji nak telefon esoknya nak tanya lebih banyak...
sebab masa SMS tu dah petang masa kerja dah habis sesiap nak naik tren....
sekali tu esoknya ahbang demam...
teman dia pergi klinik (manjers kan *wink*)
alang-alang dah masuk lambat tu...
lajakkan ambil half-day..
dan berdatinglah dengan cikgu Taski plak...
Seriously...
ahkak tak tahu konsep Taski ni..
ingatkan ada nursery sekali...
sampai² Taski senyap,kosong...
siap cakap dengan ahbang "mana budak²?
rupanya cuti sekolah...
dan selama cuti sekolah tu lah Taski tutup uols...
masa inilah cikgu² dihantar pergi kursus....
jadi budak² kenalah makpak cari tempat transit lain sementara cuti sekolah...
kecuali nak free hantar je la kat kampung...
bagi semput+lelah atok nenek jaga pulak :p
Maka bermulalah sesi soal-jawab..
alahaiiii kenapalah lupa nak amik gambar...
padahal pegang kamera handphone dah sebab nak snap gambar yuran ahahahhaa...
gambar Mu'adz belajar depan cikgu tu :)
cikgu bagi buku...
tanya gambar apa, nombor berapa, huruf apa...
waaahhhhhh...ahkak pulak dup-dap...
belum pape dah kene exam anak ahkak!
ahhahahhaaha...
tapi sebenarnya takdelah test cemana pun...
sambil² berbual...
sambil² tengok prestasi budak nak masuk katanya...
sebab umur 4 tahun ni kecik lagi...
environment nak main je...
cepat bosan...
cikgu kata takut nanti dia stress sebab..... (boleh baca tajuk no 3 dibawah)
Cikgu kata...
"ok dia ni...cepat faham, kita tanya dia jawab, takdelah diam je, dia jawab walaupun salah...sebab ada budak jenis diammmm je...susah kita nak ajar, nak tahu apa dia fikir...dan dia ni BANYAK CAKAP (buahahahha anakku!!)"
ok, gudjob anakku....
Eh panjangnya intro :D
ok kita tengoklah apa hasil yang dapat eh....
1) Jarak/Masa
- seperti yang dikatakan...sangatlah dekat dengan rumah :) boleh jalan kaki je....
2) Waktu sekolah
- kelas mula 8.00 pagi.
- ada 3 pakej waktunya : 8.00 - 11.30 pagi, 8.00 - 5.30 dan 8.00 - 6.00 petang
3) Silibus/Material/Aktiviti lain
- ada web Taski ABIM (last update tahun 2011) boleh rujuk sini dan senarai Taski ABIM seluruh Malaysia disini...
- kaedah pembelajaran disini lebih kepad education oriented ye ibu², bapak²...sebelah pagi belajar macam biasa subjek² bahasa, math, sains...petang pulak fadhu ain dan qiraati....tapi memang padat la tengok jadual...huhuhu....
- selepas tengahari tidur kejap dari tengahari sampai pukul 2 petang digerakkan dan sambung belajar sampai petang....
I
4) Yuran/Kos tambahan lain- selepas tengahari tidur kejap dari tengahari sampai pukul 2 petang digerakkan dan sambung belajar sampai petang....
I
- ada caj tambahan selepas pukul 6 petang iaitu satu jam RM5.
- dan ini pakej² yurannya...
- boleh bayar 2x ye...
5) Melawat tempat- dan ini pakej² yurannya...
- boleh bayar 2x ye...
- kawasannya besar la juga...standard lot tepi kan...
- kali ni takdelah sampai ke dapur jenguknya...sebab tengah cuti kan...yang ada pun cikgu dengan pembantu dia je kemas² apa yang patut...
Itu jelah yang dapat bagi gambaran tentang Taski ABIM Bangi ni....
Itu jelah yang dapat bagi gambaran tentang Taski ABIM Bangi ni....
No comments:
Post a Comment