Monday 12 December 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

Assalamualaikum....

Apa?? RM500?? mesti terbeliak mata korang kan kan kan...:p

Ahkak pun tak tahu benonya nih...Sabtu lepas kenalan ahbang, guard company tu call cerita...kalau sempat ambikkan lah borang kat LHDN..dia pun dah warga emas..kesian pulak kan...tengok jam dah pukul 3 petang dah...mana lah bukak lagi...tapi ahbang ni kan penuh dengan firasat, pergi je la..takde kita teruskan plan...memang nak keluar jenjalan pun...

Sampai LHDN memanglah lengang...semua kaunter tutup situ...JPN, Kebajikan semua tutup...tup² tengah baca notis keluar seorang perempuan dari slider yang tertutup separuh....perrghh tanjat boboi! Orang LHDN rupanya nak balik dah...ahbang pun tanya....dia kata :

"ha mujur ada sekeping lebih ni, boleh potostet bagi kat yang layak ye...lepas tu pastikan isi betul² lebih lagi NO IC...dan yang PENTING....WARGANEGA MALAYSIA ya....sebab kalau salah memang terus rejected, takde dah LAIN KALI"

Ini rupa depan borang,.
 Ini Syarat-syaratnya

Ha apa lagi kalau sesiapa berkelayakan boleh MUAT TURUN BORANG DISINI...


Oh ya web tu susah nak bukak...kadang ok je...korang google je lah mesti ada yang dah upload borang tu...tak pun dapatkan akhbar Harian Metro....dalam tu ada borang fresh..he he he...

Kalau agak² sebelum ni dapat RM500 (gomen pernah bagi kan sebelum ni, rasanya untuk staf gomen kot) masih berfikir tak tahu nak buat apa, tak payahlah memohon ya...bagi kepada mereka yang lebih dan sangat² memerlukan....yelah sebab tu atas nama bantuan, bantuan untuk perkara yang tak cukup, bukan perkara yang dah dapat baru fikir nak buat apa, itu maknanya berkemampuan...#jangansentaptau...lalalala....

Ingat ye..boleh isi borang ni tempoh sebulan dari 10 Disember hingga 10 Januari 2012!!





2 comments:

  1. agak2 yg tak tahu nak buat apa , dia pulangkan balik ke tak? eh ade ke orang mcm tu.. wahahhaha

    ReplyDelete
  2. :|diera|:
    ish yang tu kan dah rezeki..
    kamu orang gomen anggap itu rezeki yaa..
    dan gunakanlah dengan sewajarnya..^_^..

    ReplyDelete

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...