Thursday 21 March 2013

Cuti Sekolah @Menara KL...


Cuti Sekolah di Menara Kuala Lumpur kembali lagi! Musim cuti kali ini, Menara Kuala Lumpur (KL) akan membawakan GEMPAK STARZ bagi memeriahkan lagi musim percutian penggal pertama ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan istimewa untuk hiburan anda di Menara KL seperti sesi kuiz, sesi bertemu kartunis Gempak Starz, jualan buku Gempak Starz, pertandingan mewarna, pameran dinosaur, persembahan “flash mob”, kemunculan Upin dan Ipin, persembahan DJ dan persembahan Kebudayaan serta banyak lagi!


Selain itu, Menara KL turut menawarkan Pakej Keluarga berharga RM 88.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Pelantar Pemandangan (bagi Pemegang MyKad). Para pengunjung juga akan menikmati potongan sebanyak 10% bagi pembelian tiket tambahan yang seterusnya.

Bukan itu sahaja, dengan pakej istimewa ini, para pengunjung hanya perlu menambah RM10.00 seorang bagi menyertai setiap satu tarikan lain di Menara KL seperti menunggang Kuda Padi, melawat KL Tower Animal Zone, merasai pengalaman memandu F1 Simulator, menerokai Perkampungan Budaya 1Malaysia dan menyaksikan kehidupan ikan berwarna-warni di Blue Coral Aquarium.

Jadilah sebahagian daripada keseronokan ini mulai 22 hingga 31 Mac 2013, pasti ianya akan menjanjikan kepuasan dan keseronokan buat semua, terutama kepada para pelajar. Oleh itu jangan lupa untuk penuhi jadual anda untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai bersempena musim cuti sekolah kali ini. Duta Perkhidmatan Pelanggan kami akan menanti ketibaan anda dengan penuh senyuman dan layanan mesra.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my, facebook di www.facebook.com/officialmenarakl, Twitter@Menara_KL dan Instagram (Menara KL).
Bagi pihak Menara Kuala Lumpur
Komunikasi Korporat Kumpulan
TM




No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...