Monday, 18 March 2013

Hujung Minggu yang Suram...

Assalamualaikum....

Mak...
jarang sangat sakit...
apatah lagi demam...
bila mak diuji...
teruk sakitnya...
letih tak bermaya...
bila nikmat makan ditarik semula...
langsung tak tertelan hatta sebiji nasi pun...
demam panasnya tak kebah walau sudah ke klinik kesihatan...
lantas ke hospital kecemasan kami jejak...
berurusan di hospital 3 jam berkampung...
faham² sahajalah...

Mak...
usia sebulan lagi menjangkau 68 tahun...
sebelum ini cergas...
ke masjid..
ke majlis ilmu..
ke pusat kesihatan...
ke kenduri kendara...
asal dijemput tidak pernah tak pergi...
sanggup berpayung panas dan hujan...
yang dekat dan jauh...
bercuti pun laju je berjalan...

Mak...
sepanjang masa hujung minggu yang terhad...
memandikan dia...
memotong kuku dan rambutnya...
menyuap makanan dan minuman...
mengelus kulitnya...
yang semakin menampakkan sisa² hari tuanya...

Mak...
masih mampu lagi tersenyum dan bergelak..
terutama melihat cucunya depan mata...
penuh dengan keletah...
kalau tidak hanya mendengar suara di corong telefon...
mak memang rajin dalam seminggu...
hampir tiap² hari telefon nak bercakap dengan cucunya...
kadang tu aku je terfikir nak telefon..
telefon dah berdering dulu...
bukan cakap lama pun..
kadang tu sekadar dengar suara cucu menjerit pun dah cukup...
yelah kadang² perangai cucu pun bukan boleh dijangka...
ada masa nak bercakap, ada tu tak nak pulak...
aku tak bayangkan...
kalau suatu hari nanti...
*diam*

Mak...
petang semalam sebelum kami tinggalkan dia...
Alhamdulillah...
berpeluh badannya....
panas didahinya berkurangan...
malam bila bertanya khabar...
sudah mahu menelan makanan...
Syukur kehadratMu Allah...

Aku hanya berharap...
mak diberi kesihatan supaya hajatnya tercapai menjejakkan kaki ke tanah suci...
~Aamiin Ya Rabb~



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...