Tuesday 9 September 2014

Defect Rumah....

Assalamualaikum & Hai....

Okeeyyy...
kita cerita pasal cari kecacatan (defect) rumah yang baru siap pulak ye...
topik seronok ni...
yelah seronok cari kesalahan pemaju dan kontraktor kan...
kita bayar mahal kan...
sebenarnya defect ni mana² pemaju pun ada...
cuma bezanya teruk ke tidak tahap kualiti rumah tu...
manada benda yang sempurna kan....
yang pasti semua pemaju pun lebih kurang je...
kecuali ko ada tanah buat rumah sendiri dan ko monitor sendiri...

Nak buat defect ni kena sediakan alatan...
selain printed  bahan² rujukan yang diambil daripada internet...
takut terlupa mana ceruk yang perlu inspection...
alatan seperti :
  • Masking Tape - saiz lebar senang nak tulis huruf besar² supaya terbeliak dorang baca.
  • Marken Pen - warna merah lagi bagus senang nak nampak, kegunaan untuk tulis nombor dan tajuk masalah.
  • Tangga - untuk periksa tempat yang tinggiiiiiiii macam nak capai tingkap kecik dekat dengan siling, jenguk tangki air, periksa tiles dll....nak panjat bumbung pon ok je....
  • Kertas A4 kosong - ini spare je kot la list korang panjang sampai 3 hari 3 malam, pemaju bekalkan form pun selai je...juga spare kot la masking tape tak cukup...tak pun sebagai umpan anak dah boring tunggu korang buat kerja, bagi la dia conteng kertas pulok...
  • Alat Pengukur/Pita Pengukur - hat ni kalau ada masa bolehlah nak ukur dinding ke, tingkap nak buat langsir ke apa ke...sebab percayalah masa kita dok melilau kat rumah ni ada je orang datang singgah melobi kitchen cabinet, buat gril dan macam² lagi...bertabah je ok...hehehe....
  • Test pen/Charger HP - untuk periksa power elektrik....kitorang guna charger HP Nokia sebab hat tu je ada lampu, charger lain tak ada...

Tips/panduan banyak korang boleh google je...
kang ahkak letak dalam blog ni dah macam buku sejarah pulak...
korang pun mesti malas nak baca...
kita tengok je lah antara defect yang dapat...
nombor memang tak ikut turutan lah ek...
tak semua pun buh sini...
kira bagi tengok defect yang betul² sakitkan mata dan paru²...


Ini defect pertama kitorang jumpa...
*tulis nombor 2 sebab yang pertama pemaju sendiri dapat detect  pintu utama kunci tak ada*
asalnya tarik plastik kat soket je pun...
sebab nak cek power letrik...
rentap punya rentap plastik terus togel soket...
haa melopong tak tengok??


Ni apa kes??
tensen baling penukul ke apa ni?


Mandur kecik ok...
tukang ingat mana tempat tiles bunyi kosong sementara amak dia potong masking tape dan tulis....
apak tukang ketuk² syilling kat tiles...


Nampak kesan nyata air meleleh kat paip tu....


Jenuh masa ni nak tutup tingkap tu...
asalnya terkangkang luas rasanya kalau hujan tu basah lencun bilik tu....

Kalau tadi air meleleh kat paip...
hat ni tak keluar air plak....
sinki kat dapur dengan kat luar masing² tak keluar air...
daripada kitorang masuk rumah bukak paip sampai nak balik ternyata tak keluar airnya...
mesti tersumbat tu...haihhhhhh!!

1st complaint 16/8/2014
Cantik tak tulisan?
nampak je sampai nombor 13...
padahal nombor 7. tiles kosong tu yang paling banyak....
setiap bilik, hall, dining, tandas semua ada defect tiles...
semua tanda dengan nombor 7 tu...

Haaa begitulah cerita defect ni...
ini baru 1st complaint...
kena follow up selalu...
kalau tak sampai tahun depan tak dibuatnya....

Inipun tawakal tak sempat nak cek semua...
sudah capek!!
bahagian luar porch, tepi rumah, rumput, ulat...eh?
periksa ala kadar je...

Lepas tu hantar form defect kat ofis pemaju...
pasal nombor 1 tu lubang kunci tak ada kat pintu utama...
dia tanya...
"ada plan nak tukar pintu kayu ke, pintu lain ke...kalau ada tak payah lah kita betulkan yang ni"
ohoiiiii sedap je kan nak kurangkan defect...
"selagi boleh betulkan, korang betulkan, faham???!!"
hahaha ok tipu tak keluar pun ayat tu...
betulkan je lah dah orang komplen tu...
isk isk iskk....

Ok ada tips ni...
orang yang jual pagar gril tu bagitau...
*tipu dia, tipulah kitorang eh*
kalau rumah belum nak duduk lagi...
jangan tutup rapat semua tingkap...
bagi angin keluar masuk...
takut nanti tiba² jenguk rumah...
tengok tiles terbang melayang²...
eh..maksudnya tiles dah melengkung tercabut...
sebab haba panas dalam rumah...
dia cerita berdasarkan ada satu rumah lain...
jadi macam tu dah dekat 2 tahun tak duduk...
waranti defect pun dah habis...
nak buat apa lagi rugi tanggung sendiri lor....
sebelum terjadi baik elakkan...

Eh...tetiba teringat kat rumput tu kena tebas ni...
haritu pun dah panjang...
ni tak tahu bila lagi nak jenguk....
jangan sampai haiwan hutan sebelah buat markas sudah....



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...