Assalamualaikum & Hai....
Selamat Hari Malaysia semalam....
Tak tahulah related ke tak dengan tajuk ni...
tapi sedikit geram dengan kejadian pagi tadi...
kejadian depan mesin top up kad rapid kl LRT...
biasalah pagi² semua orang berkejar...
motif?
semua nak cepat lebih lagi jarum jam dah menjangkau ke masa tak sepatutnya....
Dia pulak dah betul² depan mesin top up tu...
baru terkial rodok beg cari kad...
bila dah merodok tu bukan seluk terus dapat, kan?
bila dah dapat (nampak beberapa kad sekali dengan tali tagnya)....
terkial pulak kelebek cari kad LRT...
bila dah kelebek tu ambik masa, kan?
bila dah letak kat kad kat tempatnya...
(rujuk entri ini untuk tengok mesin top up tu)
rodok balik beg cari beg duit....
buka zip, tengok celah duit, pilih duit....
*mujurlah proses seterusnya takde nak kene rodok beg lagi*
Ya ampunnnnnnnn!!!
Korang bayangkan orang belakang dia yang menunggu tu?
menunggu dengan tangan tergenggam kemas kad dan duit sesiap....
tahu kan siapa?
kalau tak, tak keluarlah entri camni...hewhewhew...
Tolonglah toleransi...
dah tahu tak ready jangan masuk beratur dulu...
tak pun tengok keadaan...
kalau ko orang ketiga dalam barisan tu oklah lagi...
ada masa lagi kan nak sediakan kad dengan duit tu...
ni ko yang depan sekali tau, muka tu betul² hadap mesin...
Orang macam ni selalunya pentingkan diri...
kalau orang dah biasa toleransi...
dalam apa juga keadaan tak banyak, sikit mesti ada sifat toleransi tu...
contoh??
dah tahu ko tu terkial² depan mesin tak sedia apa bagai...
ahkak tahu ko mesti terfikir kalau keluar barisan kena beratur balik ke belakang...
eh tak payahhhhhhh.....
boleh je kan bagi laluan orang lain suruh top up dulu...
sementara ko rodok mencari kad semua tu...
inshaAllah orang tu akan defend bagi laluan kat ko pulak...
itupun kalau orang belakang dia tu tak bagi lah kan....
tapi setakat ni semua pun bertimbang rasa apa...
tak ada lagi kes gaduh bertumbuk kat depan mesin tu hah...
bagi laluan kat orang, memudahkan orang...
free je dapat pahala kan....
Ini bila dah siap semua...
dengan muka selamba...
toleh pun tak...
say sorry apetah lagi...
memang tak ada rasa bersalah langsung berlama² depan mesin tu...
bila ahkak toleh dah bersusun orang tunggu beratur kat belakang rupanya...
perempuan tu berlalu dengan hidung tinggi!!
Oh ya siapa yang belum tahu...
mesin top up kad rapidkl kalau kat KL Sentral tu...
cuma ada sebuah je ye!!
pelik kan jenis manusia mcm tu...
ReplyDeletekulit muka tebal 10 inchi ke apa ekk...?
adduuuuhhh... kesiaaannn.. :(