Tuesday, 2 September 2014

Surau & Pahala....

Assalamualaikum & Hai....

Surau kitorang ni bermasalah...
sebenarnya daripada sebelum raya lagi...
mujur juga dah nak cuti raya...
sempat Zohor je...
Asar tu seperti biasa hari terakhir nak cuti raya...
bos lepaskan awal...
jadi tak tahu apa cerita...
sehinggalah naik cuti hari raya...
masih sama....
dekat sebulan juga....
sebabnya tempat wudhu bocor..
katanya daripada tandas lelaki....
euwwwwww!!
kalau dah namanya tandas takkan yang hadir pun wangian kan...
sampai bertukar lah karpet surau tu...
selama tempoh tu menapaklah kita ke surau besar...
ambil masa juga lah nak turun naik lif...
dalam pada masa sama nak bagi pahala kat kitorang la tu...
kan dikira pahala bila kita menapak ke masjid kan...kan...kan...

Baru je merasa 2-3 hari keadaan seperti sediakala minggu lepas...
naik cuti merdeka ni pulak....
bocor lagi tempat wudhu tu...
waduh!!
kebetulan turn ahkak yang nak amik wudhu...
orang tengah amik wudhu adalah dalam 5 orang...
kira tunggu turn la ni...
sekali tengok macam pelik je tetiba air bertakung...
dan jadi deras....
woihhh ni kalau kat tepi pantai harus gigil...
mujurlah ada AJK surau kat situ sorang dua...
boleh bertindak call orang bertanggungjawab....
dan cepat² hadang dengan tools supaya orang lain tak amik wudhu...

Ahkak pun pakailah tudung balik ambik telekung semua...
turun semula nak solat kat tingkat je ada bilik kecik...
masa kat lif tiba² dengar satu suara...
"Yu, boleh tolong Kak W tak?...nanti lepas solat tolong tulis kat kertas ROSAK nanti tolong tampal kat tempat tadi"
ahkak dah kerut² muka...
macam terfikir "eh akak ni suka² je perintah aku ni"
nak kata AJK surau pun tidak...
pastu dia sambung...
"haaaa haaaaaa buat...nak PAHALA tak?"
eh eh eh????
macam paksaan je?

Memanglah benda tu elok..
buat kerja amal katanya...
tapi macam tak perlu lah kot suruh orang...
kata Pahala ko buat sendiri lagi ok kot...
daripada suruh orang lepas tu dengan tak ikhlas orang tu terpaksa je buat....
lagipun firasat ahkak bila dah jadi macam tu...
pihak berkenaan mesti rescue secepat mungkin....
air kot masuk nak masuk surau...
takkan nak sampai banjir floor baru nak bertindak...
ye tak??
lagipun baru ganti karpet baru wooooo!!!

Memang betul pun....
lepas solat ahkak gi gak la jenguk surau tadi...
memang pihak berkenaan dah block pintu surau...
*takpayah dah ahkak nak tampal notis Rosak tu hah*
siap vakum besar godang nak tarik air...
dan dorang jalankan tanggungjawab....

Memang apa ahkak cerita ni kadang tak sampai maksud...
kot ada orang kata "benda baik pun tak nak buat"...
and so on...
tulah yang tertera tak sama dengan yang alami gitu...
haaaa apa² je lah nak...

Nota Kaki:
Allah nak tambah pahala kitorang gi menapak lagi nih.....



No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...