Wednesday, 10 September 2014

Lawatan Taska Pulak....

Assalamualaikum & Hai....

Ya Allah...
moga selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan semasa Muadz berada di Farm in the City...
*tolong doa sesama yek*


Saspen pulak pagi ni...
sebab baru tau taska tutup dan budak cuti..
pada yang tak pergi lawatan...
dan baru tahu rupanya...
kawan² sama daripada rumah mama...
semua tak pergiiiiiii....
isk isk isk!!

Muadz ni dah la 200% punya excited bangun awal...
cepat mandi takut tertinggal katanya...
padahal lambat lagi nak oi...
saspen juga nak pakai kasut lama dah terbiar...
waduhh ketat sikit kasut tu...
mujur boleh adjust sikit...

Berbakul pesanan....
terutamanya "dengar cakap cikgu, ikut cikgu je, jangan ikut orang tak kenal walaupun bagi aiskrim/coklat!!"
risau pasal cerita van putih tu....
"yelah mi, kalau orang jahat nanti Muadz tomoi je"
kalau part menjawab, bagi je lah kat dia.. +_+

Biasalah mak²....
hati risau tak tenteram 300%....
kalau tahun lepas siap tunggu dorang berlepas...
kecik lagi kot masa tu...
budak sekarang masih berpampes pun dah pergi 'rombongan cik kiah' sesorang kan....
kali ni lepaskan kat mama (sebab mama yang hantar dan amik daripada taska nanti)...
dah salam peluk ciom dia wat tatau je....
besar la tu ek????

Bersedia balik nanti tadah telinga dengar 'ceramah perdana' pasal haiwan² kayyy....




No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...