Wednesday, 27 April 2011
Tuesday, 26 April 2011
KePADATan ruang..
Eh tak lama lagi Hari Ibu kan....tak salah kalau jamu mak kita kat hotel kan...walahhh...
Monday, 25 April 2011
Hari yg 'enjoy'..
Friday, 22 April 2011
Simptom...
Ahkak tanya doktor..."boleh tak ubat tu campur dengan susu? ada effect dari segi kesihatan tak?"
Dan doktor pun tanya kenapa lah kan...tiba-tiba cerita susu...ahkak cerita lah balik semalamnya dah datang klinik bla bla bla...lastly dia mintak periksa balik si kecik Mu'adz Firas...masih demam dan doktor kata CAMPAK...isk isk isk...jenis campak keladi...bukan jenis biji berair tu..hat tu si kecik Mu'adz Firas pun dah pernah kena masa baby lagi...kesian anak ahkak..kecik lagi macam-macam simptom dah singgah kat dia...bertabah lah ye nak...semoga lepas ni kamu sihat hendaknya...
Jadi..tika dan saat ini menjaga anak campak dan diri sendiri yang tak sihat...sangat bertabah....dan Alhamdulillah lah siang tadi tengok segala mak nenek ruam merah tu semakin hilang...walaupun ahkak tak bubuh lagi daun mambu...kalau tak bercinta gak ahbang nak panjat pokok tu dan ahkak pun malas benarnya nak kerjakan daun mambu tu...ikikikikiki...cuma sempat bagi dia air kelapa yang tak sampai 1 cawan panjang habis...sebab dia takmo..tapi disebabkan ahkak bubuh dalam bekas air ajaib dia...dia minum jugalah walaupun setiap kali minum sekali sedut..lama-lama habis gak...hahahaha..dan juga sapu losyen kaler pink tu....Syukran Allah...Alhamdulillah...
Wednesday, 20 April 2011
Wordless Wednesday...
Baru pulang dari
Friday, 15 April 2011
Engineer Floor...
Mari kita hayati ayat-ayat
Hitam berdaki nih...tatau lah kasut cap apa...ahkak pakai sandle cap pasar malam pun tak melunturkan warna macam nih...ce bayangkan kalau camni gaya bertenggek kat bowl tu???....jenis tandas cangkung tadelah pulak kau nak guna..kannn??? memang selalu jenis bowl ni la selalu berdaki...hishhhh!!...
Bila cite tandas bowl ni...ada jugak jenis tak flush pastu kencing menjejeh kat bowl tu...eh kau tak cebok ke??? jadi faham je lah kalau kencing tak cebok jenis bangsa apa.....terbukti tau sebab ada akak ofis ni memang tunggu je siapa kuar dari tandas tu memang tau bangsa apa...
Jadi, tak boleh nak kata pasal toilet lelaki cemana (sebab ahkak tak pernah masuk toilet lelaki maaa hahhahaa...kiranya kalau bab kotor ni sama je dengan perempuan....huhuhu...
Dan...
Wednesday, 13 April 2011
Free..sapa tanak kan!
Hoh harini takde istilah Wordless Wednesday lah ye...(benonya tak paham pun kenapa mesti wordless wednesday..ikut-ikutan je selama ni hahaha)...
Sebab hari ni nak cerita mende FREE...ahaha...pagi tadi baru teringat ada voucher 2 keping yang expiry date hari ini...kebetulan memang terlambat nak pergi kerja sampaikan incik ahbang tu terpaksa masuk pukul 11 pagi sebab melayan anak dia pukul 3 pagi celik² maik Tolddlercar dan mainan dia....paling bes duduk dalam tudung saji sambil tengok cerita hantu....adoiyai....ahkak? sedang menguli karipap ye puan²...hahaha!
Jangan hempuk meja...jangan rasa kuciwa....kini...sambung lagi yang terbaru....voucher MC D lagi dan lagi....yang ini boleh print atau tunjuk dalam HP yep...yang breakfast atas tu kene yang ori tauu!!
Cari hadiah?? mungkin ada idea nak bagi orang tersayang...ce tengok sini.....
Tuesday, 12 April 2011
Dah berISI....
Cari hadiah ke?? ce tengok sini...mungkin ada idea nak bagi orang tersayang.....
Monday, 11 April 2011
Merapu..kerabu...
- Nasi berwarna putih dengan ramuan
- Kuah sambal. Beriya buat nih..dah lah Budu cari pun takde.
- Kelapa/Serunding Ikan
- Ulaman tak termasuk taugeh sebab ada orang tak makan...kacang panjang, kobis & bunga kantan sahaja, timun lupa nak beli haha
- Keropok
- Ikan selar goreng tepung. Asal nak buat daging bakar...tapi lembu tak sempat sembelih kot pergi pasar urat daging pun tak nampak! adehhh.....
- Ayam percik.....hah yang ini ada gambar..itupun masih dalam tempat bakar...
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Friday, 8 April 2011
Telo palsu...
Cara mengenal telur tiruan: (pinjam ayat dari sini)
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Memang TAK HALAL sebab gelatin yang digunakan tuh sah² tokei pun CINO....kat pulau tikos tu memang puak cino...asalnya kat negara dia je banyak dah buat...dah berani bawak masuk resepi pulak kat negara orang...memang tak sunat punya manusia lah!!
Risau gak ok....dah banyak kat pasaran...ye lah orang yang beli tu yang report kan... kita ni boleh lah berjaga-jaga....tapi kalau makan kat luar? pekedai...restoran bagai...adakah sama macam kita???
Ya ALLAH...selamatkan kah kita dari anasir begini...moga apa yang jadi darah daging kita anak beranak tak memudaratkan kesihatan...Amiiiiinnnn....
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Thursday, 7 April 2011
Kurang atau TERlebih Manis
Ok..sekarang kita kira gula dalam susu....sebelum tu baca dulu kenyataan ini sumber dari MyMetro-FONTERRA Brands Malaysia Sdn Bhd.
....Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat produk yang mempunyai kandungan gula sehingga 40 peratus lebih tinggi iaitu dengan purata penambahan sehingga 13 sudu teh setiap hari......
Mari kita chek gula kat http://www.semakgula.com.my/
Sila klik kalau masih blur cemana nak kira yep..
tapi kat tin tu tak perasan lak berapa setiap hidangan..ahkak anggarkan macam yang lama je 38g yep
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Wednesday, 6 April 2011
Rezeki Wordless Wednesday
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Friday, 1 April 2011
Di Homestay Penang.....
Dan ini adalah penambahan gambar yang tak ada kat blog asal....saja menambahkan kekaguman pasal rumah ni ...kekeke....
Tuesday, 29 March 2011
Ahad...
Ahad...
Ke Pulau Carey kita....tak tahu jalan..alamatnya belasah ajelah....tanya kawan² macam² versi ada....kawan ahbang, kawan abang ahkak...lum lagi kawan ahkak..tapi dah tanya dah semua tak tahu hahaha....meredah je lah apa yang patut....bertolak pukul 3 petang sampai 5 petang...hahahaha lagi....buta jalan camni lah....atas nama berhati²...lambat asal selamat...:p
Ishhh takdelah...bukan berkelah atau memancing...tujuan murni nih..menghantar abang ahkak berkursus kat sana....atas nama syarikat dia Sime Darby...dah tempat kursusnya kat sana....aduh duh duh....sepanjang jalan selepas Telok Panglima Garang dah masuk ke Sime Darby Plantation tu amat sunyi dan menyeramkan ahahahaha...ada rumah pekerja tapi sorang umat pun tak nampak....aiyooooo.....ada pejabat pos, balai polis dan hospital...pun tak berorang....tiba² teringat cerita seram.....wakakakakka!!...Balai Polis = cerita Bukit Kepong...Hospital = cerita indon seram jek...![]()
Remang senja dah....inilah kawasan penghujung pulau la rasanya...sebab bau laut...dengar ombak..tapi tak nampak...yang nampak kawasan penginapan dan tempat kursus.....
Jadilah tak jumpa pantai pun...jejak je lah kat jalan tar nih...ahaha.....jalan-jalan pusing sekejap....redup dan nyaman...memang bahagia la tenang..tapi tu lah...seram gak sebab sunyi...nama je ada kereta banyak...tapi sorang umat pun takde koooo.....ni kalau ada kursus...kalau takde? lagiiiii laaaaaaaaaahhhh.....[nak dapatkan sebijik sehelai seluar pendek cam dalam gambar tu boleh terjah Click2 My Shop ye]
Sebenarnya nampak juga signboard ke pantai bila keluar dari kawasan pondok pengawal Sime Darby tu...tapi setelah menelek minyak tinggal suku....dan pulak signboard tak tulis berapa jarak....risiko besar ok....kang tersadai abis minyak kat pulau...matikkk.....dah la sepanjang jalan tak jumpa stesyen minyak...oleh itu...PULANG marilah PULANG....
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Sabtu....
Sabtu....
"Ummi ni nak gi berkelah ke..nak anto abah
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Friday, 25 March 2011
Ada aku kesah?
Sumber daripada emel
Ada aku kesah jika laki aku tak makan
Ada aku kesah jika laki aku tak minum
Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya
Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku
Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang
Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian
Ada aku kesah jika laki aku nak kemana
Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku
Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku
Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku
Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi
Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku
Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....
Ketika telefon laki aku berdering di dinihari
Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa
Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya
Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang
Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku
Ketika tidurnya membelakangi aku
Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa
Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Thursday, 17 March 2011
Comel & Cute...pewitt...
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Promosi Hebat...
Pernah dulu cerita pasal BROADBAND kan...walaupun ahkak dah ada Streamyx....masih juga perlukan Internet yang boleh bawak sana sini sejauh mungkin...maklumlah kami nih hujung-hujung kampung halamannya...utara-selatan...
Sebelum ini kuciwa bersama si BIRU dan si MERAH...sekarang masih terus setia bersama si KUNING....itupun bukan bulanan...ahkak hanya guna DIGI PREPAID INTERNET PLAN sahaja....nak guna cuma TOPUP..beli saje topup digi biasa macam guna nak call tu...cuma kod topup je lain...mudahh jee...eh pengguna Biru & Merah pun leh je guna Plan ni tau....tak semestinya line digi sajok.....*wah promo free ni haha....
JOM KLIK BAWAH
ni....Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Wednesday, 16 March 2011
Wordless Wednesday
Memang sungguh lah "wordless wednesday...today..."
Ce kira berapa patah perkataan je yang ada....
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...
Tuesday, 15 March 2011
Botol susu lagi...
Hah isu hangat ye sekarang ni...selain gempa bumi & tsunami di Jempol Jepun sana...Hari ini isu "Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat"...katanya....
“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,”
Pulak dah.....tapi bila dah keluar amaran camni....mencegah lagi baik dari mengubat...kan....ye lah indusrti nak tukar mesin bagai perlukan juga masa....atas kita je lah nak lebih alert ke tak dengan isu ini....sebab rasanya isu ni beberapa tahun lepas dah diwar-warkan cuma takde lagi hitam putih daripada kementerian kan....
Ce tengok perbezaan gambar ni...
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan. *Gambar Berita Harian* INFO:
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
- Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
- Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
- Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
- Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Dan ini gambar dari blog ini.... mengenalpasti jenama botol susu yang BPA FREE....

Selamat meng-audit botol-botol anak anda yeppppp....hahaha
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...













