Thursday 19 June 2008

Tips Rancang Perbelanjaan

Sumber : Istimewa2u

1. Senaraikan Barang yang hendak di beli
Bagi mengelakkan anda terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan melampaui target, sebaiknya senaraikan segala barangan yang di perlukan sebelum anda keluar membeli.


2. Pastikan Barangan yang dibeli mempunyai harga yang berpatutan

Lakukan perbandingan harga bagi setiap barangan bagi mengelakkan anda tertipu dengan harga yang tinggi. Kujungi beberapa kedai untuk membandingkan harga barangan. Sekiranya anda mengunjungi gerai-gerai kecil yang tidak mempamerkan harga. Inilah masanya untuk menguji kemahiran tawar-menawar anda.


3. Jangan membawa Wang yang jauh berlebihan
Lakukan anggaran harga keperluan yang di senaraikan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda membawa wang yang jauh berlebihan. Sekiranya ini terjadi. Anda mungkin akan mengeluarkan perbelanjaan melebihi yang sepatutnya.

4. Elakkan membawa ramai ahli keluarga
Bagi mengelakkan pembelian anda yang terkeluar daripada senarai. Elakkan daripada membawa lebih ramai ahli keluarga. Ini kerana, apabila semakin ramai pembeli, bertambahlah pembelian anda.


5. Jangan mudah Terpedaya
Pusat membeli-belah sering menganjurkan perlbagai juala promosi. Jualan murah dan potongan harga. ini boleh mendorong anda untuk berbelanja tanpa berfikir panjang. Usah terpedaya dengan apa yang di tawarkan di hadapan mata anda. Juala murah tidak bermakna anda perlu memborong segala kemahuan anda.

6. Gunakan wang tunai
Dalam berbelanja. anda disarankan agar menggunakan wang tunai. Dengan menggunakan wang tunai, anda dapat menganggarkan perbelanjaan yang telah di keluarkan, elakkan pengunaaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat di hadkan.

7. Jangan membeli semasa lapar
Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang di senaraikan. Oleh itu, pastikan semasa anda keluar membeli belah perut anda terisi.


8. Lakukan pembelian keperluan secara sekali gus
Jangan lakukan pembelian secara sedikit-sedikit bagi mengelakkan anda ke kedai selalu. Semakin kerap anda berkunjung ke kedai, anda semakin meningkatkan pembelian anda

9. Beli keperlukan secukupnya
Pembelian secara berlebihan akan mengundang kepada pembaziran. Beli keperluan harian seperti makanan secukupnya agar dapat mengenal pasti perbelanjaan harian anda dengan sebaiknya.

*ubahlah cara dan gaya idup anda ...hikhikhikss....

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...