Saturday, 27 August 2011

Assalamualaikum....

Buat SEMUA...
HATI-hati dijalanraya....
ZAKAT fitrah jangan dilupa...
SEDEKAH kepada yang tidak punya apa-apa...
DOA pada yang telah tiada......
IBU BAPA...bahagiakanlah mereka...


Friday, 26 August 2011

Samsung Galaxy Tab Raya

Assalamualaikum....

Fuh tekanan bila kenang Samsung Galaxy Tab (SGT) ni....ensem tak?? peehhhhh!!!


Hari-hari dok tengok perkembangan SGT ni..daripada belum keluar yang terbaru 10" tu lagi...hari-hari intai harga...hati plak asyik kejap IPAD..kejap SGT...wahaaha...kalau lah duit tu petik je, tak payah nak pilih...kannn....*berangan!

Lepas tu dok buat perhitungan samada nak amik selepuk atau beli dengan Telco,,puas juga belek Telco mana yang mampu milik poket...walah wei...lain-lain service dorang eh...naik pitam!  Aku ni kalau boleh balik Selatan telus, balik Utara lurus...maksudnya coverage THUMB UP!...tapi belah Utara ni susah sikit...nampak gaya macam Telco merah menguasai....

Kalau siapa nak tengok perbandingan Telco boleh lah tengok Celcom, Maxis, Digi & U Mobile yer...

Dan ini spesifikasi SGT :-




Thursday, 25 August 2011

JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami!

Sticky mode entri sehingga 25 ogos 2011-12 malam..entri baru skrol bawah ye...TQVM
 
Assalamualaikum....




 HADIAHNYA (Kategori B) :-

First Prize:
1 x photobook bersaiz 8.5 x 6 inci softcover, 20 pages bernilai RM129.00!
2nd prize:   
2 x e-voucher KedaiGambarKami bernilai RM20.00 setiap satu
Ahkak layak sebab...
ikutkan orang kampung ahkak kata "A picture is worth a thousand words"...sebab tulah ahkak nak amik kesempatan join contest ni untuk arkibkan segala khazanah gambar keluarga daripada dolu-dolu untuk dibukukan..kira
PHOTOBOOK ni sama niat, sama tajuk, sama definisi la kan dengan kesempatan yang ahkak nak gunakan keatas kedaigambar.com ni kan..
layaannnnnnnn ^_^

 

Nak join? syarat-syaratnya di SINI

 

Biskut kedua....

Assalamualaikum....

Projek biskut bersambung...itupun kene tunggu si kecik tido...kalau tak dengan dia sekali join..."nak tuuu..nak tuuu...nak tuuu"... pening ahkak nak melayan...mula dulu ada juga mencuba masa isi adunan dalam cup...tapi dia nampak mulalah...ohooo memang melayan la dulu dia...suruh tido...tepuk-tepuk...selagi dia tak lena tak boleh tinggal...dan tu la melalak...sudahnya...ahkak pun tertido sama...amacam? bila mahu siap biskutnya....

Dah saat akhir ni..kene gigihkan gak la bangun mencampur-aduk adunan...kali ni kene mixer bahan-bahan...

 campur semua kaup dengan senduk...


Resepi BISKUT CORNFLAKE pulak...

Kitorang tak berapa gemar Cornflake Madu (tapi kalau dah ada depan mata sapu je)...ahkak buat biskut kira biskut kegemaran mak je...ye lah siapa lagi nak digembirakan kalau tak bukan mak...malam nanti nak buat lagi sejenis...BISKUT DAHLIA @ SAMPERIT ....harap rancangan tak tergendala....

Minggu ni tentunya meriah kan desk korang...bawah desk ada kueh raya & kerepek tempahan...jangan cik LIPas tumpang sama enjoy dah lah....ahahaha

Insya'Allah..esok cerita Biskut Dahlia @ Samperit plak....

Wednesday, 24 August 2011

Bantu Kembar 3...

Assalamualaikum....

Ustaz/zah kata..bulan Ramadhan ni banyakkan bersedekah... apa lagi pada golongan asnaf tak mampu...menjelang lebaran ni kan......tak dorang bukan sakit...tapi kemiskinan menghimpit keluarga...dengan 4 orang anak...3 kembar...

kembar 3 ni ..comel kan..perempuan lak tu....macam AUNI AUNI AUNI...ini pun dapat info dari blog AMRAFAHAN...bapak kembar 3...tahu perit jerih ada anak kembar 3 ni...


Janganlah pulak ada kata pasal susu tu..."susu ibu lebih baik..lebih jimat dan sebagainya"..aduhhhh...jangan ye..sesenang cakap bila kita tak rasa apa yang mereka alami....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Ini kisah dorang dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE :-

Dibelenggu masalah kewangan

BALING 16 Ogos — Sepasang suami isteri dari Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang di sini berhadapan dengan keperitan hidup untuk membesarkan tiga bayi kembar perempuan mereka yang kini berusia tiga bulan.

Bayi kembar tiga itu, Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha Mansor memerlukan sekurang-kurangnya 15 helai lampin pakai buang dalam sehari.

Mereka juga memerlukan susu botol sekurang-kurangnya enam hingga tujuh botol sehari. Dalam seminggu seberat 1.8 kg susu tepung bayi diperlukan.

Bapa bayi berkenaan Mansor Ibrahim, 44, seorang pemandu lori kayu getah secara sambilan sejak beberapa bulan ini hanya mampu memperoleh pendapatan RM400 sebulan manakala isterinya, Yusniza Yusuf, 37, tidak bekerja.

Mansor berkata, dengan pendapatan sebanyak itulah dia menyara keluarganya termasuk membesarkan anak sulung mereka Mohd. Adam Haikal, 3, dan terpaksa menumpang di rumah ibunya Esah Tahir, 73.

Katanya, paling menyedihkan, dia tidak dapat menyediakan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Bagi meringankan beban yang ditanggung ketika ini, Mansor sudah pun membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, tetapi masih menunggu permohonannya diluluskan.

Ketika ini, keluarga itu tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli ketika dihubungi berkata, kes permohonan Mansor akan diberi parhatian segera. – BERNAMA
Bantuan boleh disalurkan ke :-

Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2


Atau disalurkan terus ke

Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.

No HP: 013-4214573

 **No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan seperti ini menjadi agenda utama kelab kami. <-- Copypaste dari blog AMRAFAHAN


Lagi 6 hari raya....

Assalamualaikum....

Lagi 6 hari raya...masih juga dengan info puasa yer...





Monday, 22 August 2011

Biskut pertama....

Assalamualaikum....

Ya kunun gigih la nak buat biskut ni...tapi menuntut buat aktiviti lain seperti pos barang orang order dah dekat tengahari, cari barang tak cukup nak buat biskut...balik-balik dah melepak...petang dah sampai seru kena masak pulak kan...kira wassalam la biskut....malam macam biasalah aktiviti 'dalaman' pulak..memang sabtu berlalu begitu saja..

Ahad ni la gigih selepas Subuh mula menguli...iklan pun banyak juga...dah dekat tengahari ajak la pulak tawaf mall nak cari baju melayu bagai...sampai ke petang juga,,,petang lak seperti biasa dah nak prepare masak..kebetulan 4 orang nak berbuka sama..(campur tuan rumah 6 orang...eh 6 orang setengah ...eh si kecik tu kira setengah ke? hahaha)...wahhh semput makcik....pening-pening...oleh itu, MEE BANDUNG kembali lagi..sudah!...

Biskut apa la yang dibebel dari tadi tuh....

 Buat doh yang amat simple....


 Resepi BISKUT EPAL 

Intinya jem nenas..(beli jek)..tangkai cengkih...tak rasa cengkih pun..bau je semerbak masa pembakaran berlaku...heeeeee!...kesukaan mak sejak dulu, kalau takde mak sanggup nak buat sendiri...sedih ok...nak buat masa bilanya dan mak pun bukan kuat sangat lagi...lebih baik buat siap-siap...mak tinggal rasa je..cewah!





Original ke Spicy?

Assalamualaikum....

Original ke Spicy? Hah siapa tengok iklan Hotlink mesti tau punya....

Kalau tahun lepas upahnya PIZZA...tahun ni KFC pulak...kitorang suami isteri guna Hotlink Hot Tiket...baloi dengan SMS & CALL..siapa suka SMS & 'gayut' memang BEST sangatlah....

Kitorang guna selalu call keluarga...bersembang...tiap hari kalau tak lama, sekejap pun jadilah kan..ahkak memang call mak selalu, yelah mak pun dah sorang (arwah bapak dah takde) je kat rumah....kadang tu pass kat anak je...mak nak dengar suara cucu kan..walaupun #TAHAPAAPAJE cucu tu bebel...ahahaha...tak risau kredit cepat habis...sebab Plan MASA BERBUAL 300 minit tu pun cukuppppp!!! 

Apatah lagi nak raya ni..penggunaan SMS raya mesti banyak kan...kalau boleh semua nombor orang dalam contact list tu nak bagi..masa nilah dapat SMS raya daripada orang yang jarang sms/call kita ...dan kita pun sama..hahaha...dan plan beraya ke rumah saudara mara handai taulan...lagi kalau jarang pergi, ada yang sesat...call sana sini...tak kisah pasal kredit habis nak pergi topup lain...baloi beb!!!...satu lagi takut kedai topup tak bukak je raya2 ni...huhuhu...menangis ko disitu...


Beberapa keping yang dah kumpul...ada lagi tu tah mana letak..huhu

JOM KITA  Dapatkan HotTiket Ramadhan & KFC PERCUMA!

Tak rugi sebab SAH sehingga 15 Oktober 2011...masa tu korang mesti cari balik AYAM kan sebab mungkin dah muak makan ayam masa raya...

Kitorang nak beli sorang satu untuk raya ni sebab BELI 2 - HotlinkHotTiket Ramadhan & KFC PERCUMA!

Sunday, 21 August 2011

Jualan Murah-Murah

STICK POST - entri baru dibawah yer..

Assalamualaikum....


 SEHINGGA 31 OGOS 2011

- beli HARGA MURAH sehingga RABU 31/8/2011
  - pastikan PESANAN & BAYARAN berakhir pada AHAD 21 OGOS 2011-12 malam
- pengumuman dari Pos Laju----> POS AKHIR DGN POS LAJU tamat pada ISNIN 22/8/2011....kalau 
lebih dari tarikh tamat, barang akan sampai SELEPAS RAYA!!
- kalau siapa tak kisah sampai selepas raya, rebutlah peluang dengan HARGA MURAH!

DI : -
Blog --->  CLICK2 MYSHOP
@
Page FB ---> CLICK2 MYSHOP


Friday, 19 August 2011

Buat biskut dah ke.....

Assalamualaikum....

Wah semangat nih...semenjak dua ni wat projek mengeTAT untuk tempahan...dengan jasa entri Tertunai Sudah....dengan  raya yang bakal menjelang....penting ni dalam menghasilkan arca seni dalam bentuk bahan-bahan membuah kuih haha..ayat tah apa-apa...kalau dulu timbang biasa yang bergoyang tuh...dan perlu beberapa bekas sebab kene timbang tiap2 bahan...maka akan berkecah kawasan sekeliling...tapi tidak lagi dengan timbang digital....peh ayat...

Timbang beli kat Cosway harga RM45..berbaloi....

Sebab tengok kat kedai bakeri...RM49 dan ke atas...tak tahu lagi review cemana...yang Cosway punya ni ada review daripada pengguna terdahulu...google sajok...ramai berpuas hati....

Segala macam tepung boleh disukat tempat yang sama...senang kan...kalau tak kita kene sukat satu-satu pastu buh kat bekas lain....ini untuk bahan kering...*adusss...alas sotkabo tu ada word BOGEL...abaikan ahahahahha...

Bahan basah pun sama...situlah butter...situlah gula...senang terus mixer je dalam mangkuk adunan.....

Kita cerita pasal mixer plak...hehehe...sebelum ni guna hand mixer je...dari zaman anak dara dok celah ketiak mak lagi..memang guna hand mixer je....tapi tahun ni ada mixer baru...FOC maaa....hadiah dari supermarket...asalnya dok kat kampung mixer ni...tapi tak digunakan...daripada jadi anak tiri baik diselamatkan...ehheheh....

Nama arwah bapak...dapat ni masa arwah ada lagi....akaun nama dia...dia yang rajin berbelanja barang-barang jualan kedai kat sini....yelah dulu masih ada arwah, tak kan lah kita nak meminta semua nak bawak bali rumah sendiri...biar je lah...lagipun mana tau ada nak buat kek ke kuih ke kat kampung...tapi memang haram la tak buat benarnya...tak sempat buat...ada budak kecik ni..haihh...

Ginilah rupa apa yang leh wat dengan stand mixer ni...senang dah takde nak goyang tangan...tinggal masuk bahan-bahan je...mangkuk pun pusing la sendiri...(takyah  nak berangan cap Kenwood tu)..hehehe...alangkan hand mixer pun selama ni buat kek, buat mufin, buat cupcake..Alhamdulillah je menjadi....harapnya dah senang camni..lagi senang la proses biskut raya nak buat nanti...


Tak buat biskut raya lagi ni...memang pulun la minggu ni....kene sediakan 3 rumah...alah wat je simple....janji ada....




Thursday, 18 August 2011

Persoalan Ramadhan....

Assalamualaikum....

Kongsi-kongsi ilmu..




Selamat Berbuka petang nanti...jangan membazir...


Wednesday, 17 August 2011

Serius..nak beli nih!!

Assalamualaikum....

Pagi tadi tengok emel..nampak iklan dari MyMetroMall.com.my....

 Weh..bukan mangkuk jamban versi moden tau!

Walah...cam tahu-tahu je malam tadi ahkak siap ketukketuk kaki..urut tu memang tak lah..nak manja-manja mintak ahbang urut terasa bersalah pulak sebab beliau pun tengah penat...kalau tak boleh je dia mengurut kaki yang penat+letih+lesu ni....apa taknya kalau setiap hari pagi petang naik tren BERDIRI je kekdahnya....setakat berdiri santai takpe lagi...tapi kalau asyik 'brek angin'...tak ke gila tuh....bukan takan brek dengan kaki...selalu juga brek dengan badan..hazabedah tau!...

Tau tak 'brek angin' tu apa?..hufhufhuf....biasalah tren tu kalau datang drebar angin banyak...dia bawak la laju...orang padat himpit..ada tu tak dapat pegang apa-apa...bila dah laju...kornar...tak ke kaki kene brek sendiri...waduh rasa nak tanggal je kaki...tu belum lagi kadar graviti manusia tu menekan badan kita balik...kene pulak brek dengan badan....adoiiihh...keras kejung..rasa sakit je badan...

Hari tu kat kampung ahbang ada mesin urut badan tu..rasa #legamaknak!....esoknya terus 'datang bulan'...hahahaha...dah lancar perjalanan darah dan segala cas-cas ion positif negatif kat badan ni kot..huhuhu....lepas tu sakit la badan semula...adoi...
Panjang ahkak bebel..padahal nak cerita natam dalam gambar tu je...iskk kalau tak faham SILA KLIK la yer....nama natam tu Princess Thermal Foot Spa harga RM63 daripada RM103..ada offer 39%!!..

Tengah fikir ni dari pagi...masa baru bukak link tu baru 1 jualan...ni dah petang tengok 7 jualan!..wahhhh...iskkk...NAK JUGAKKKKK!!!


Nuzul Al-Quran & KTM dibulan Ramadhan...

Assalamualaikum....

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran....penghormatan kepada Kitab Suci AL-Quran...bermula dengan Surah Al-'Alaq iaitu IQRA' bermaksud Bacalah.....

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Ok...cerita semalam.....

KTM beli jiwa penumpang tren okeh...bagi bubur lambuk...auuuww....ye lah faham-faham je lah perkhidmatan KTM ni kan...bulan puasa lagi parah gayanya...Jumaat lepas, mujur ahkak MC...tren rosak memang kat laluan favourite antara Salak Selatan - Bandar Tasik Selatan....Merasa dorang berbuka dalam tren...tanpa udara ...ada yang tren gelap..tapi ramai juga berhati waja berjalan kaki selama 15-20 minit ke arah stesen Bandar Tasik Selatan...ahkak tak boleh nak cerita lebih sebab ahkak tak alami...ini mengikut penceritaan dorang yang alami....memang sungguh teruk dan mencabar!!...tapi kita rakyat marhein ni takde pilihan...kene juga naik tren!!

Bubur tak bubur..lambuk tak lambuk..delay tetap delay....selalu pukul 6 petang dah sampai rumah....semalam 6.45 petang....

 Ini macam nak suruh berbuka dalam tren je lah kan ni kekdahnya kan...

Ahbang keluar kerja pukul 7 malam, sampai rumah 7.15 malam...dia pun dah tak daya nak singgah mana-mana beli apa-apa...sudahnya ni je lah sebagai pre-buka puasa kami 3 beranak...yang anak pun nak jugalah kan...dia yang lebih makannya pun...orang lain bersantap depan meja siap semua, ahkak baru nak menggoreng mi...balun dengan telur goreng dan milo panas!...kenyang sampai sahur....hohoho!

Sampai bilalah perkhidmatan KTM begini ya...lalala....

Tuesday, 16 August 2011

Santapan setelah 16 Ramadhan...

Assalamualaikum....

Mahaplah ye tayang gambar gini..alah lagipun dah petang...pejam celik nak berbuka dah....

  Mee Bandung Simple

Kenapa simple? sebab tak cukup bahanlah...tapi bahan pun untuk hiasan atas tu..tak dikira penting sangat lah...cuma kalau ada lagi ummmphh gitu...yang penting kuahnya...intipatinya...rasanya...tetap ummphhhhh!!

Ini kira masak luar biasalah sebab tak selalu buat pun..masak biasa-biasa tu takdelah akak nak tepek gambar kot...ikutkan ni MEE BANDUNG ASLI/MUAR...bukan cam mee bandung kedai yang masam-masam tu..tu Siam mari maaa...ahkak tak suka!! spoil rasa! dah nama pun orang joho..kenalah abadikan resepi asal kannn....

Sebenarnya ini minggu lepas....dah tak tahu nak fikir masak apa..bosan nasi berlauk je...masa jalan-jalan kat Econsave bershopping tu teringat lah nak buat mee ni..tekak pun dah meronta nak....mula ingat nak cari perencah je..cap ADAMI..takde la pulak....ingat punya ingat ada banyak udang kering pemberian orang balik dari Sabah ritu...ok boleh la...cuma beli udang basah je...bahan-bahan atas muka <strike>bumi</strike> mee tu pun tak beli...cam kurang je kat Econsave tuh...bahan-bahan tu macam fishcake, ayam racik2 gitu...tak wajib pun kan....sayur sawi pun dah layu..ahbang pun sound jangan buh banyak sayur...hilang rasa..wahhh...ngelat makan sayur ini olang...dah dengar camtu ahkak pun malas la nak beli sebeban sayur sawi tu...ahkak ganti dengan daun bawang je lah wat tabur atas nanti....

Memang simple sesangatlah....tumis bawang dengan udang kering, letak sos tiram sikit, buh lada blend bagi naik bau...masuk udang basah sekejap (pastu ahkak ambik balik udang tu biar nanti tak terlebih masak dalam periuk sebab pastu kene tunggu kacau kuah lagi kan)....letak air...letak kentang untuk memekatkan kuah....garam gula secukup rasa...

Dah setel kuah..masukkan udang basah semula...dan telur...kalau boleh jangan bagi pecah kuning dan jangan terlalu masak...mantoooopppp!!.....cuma kuah tu macam cair sikit lah..sebab kekurangan kentang lecek..huhu...

Besttt! Mu'adz Firas pun bertambah makan...seronok tengok...:D

Ke Guangzhou, Zhuhai, Shanghai & Hangzhou kita...

Assalamualaikum....

Aku ni penuh dengan impian...cuma kesampaian ke tidak, tak tahulah...sebagai peniaga kecilan ni impian nak jadi tokei besar sentiasa ada...tokei besar=pemborong la kan...boleh jadi supplier kat peniaga lain...teruja bila tengok harga ke China RM799 instead of RM2996 for 4D3N Guangzhou - Zhuhai Ground Tour for 2 pax + Complimentary 5D4N Hangzhou - Shanghai Ground Tour by HwaJing Travel & Tours, Cheras.




Milk Deal ni memang lah...huhu....buat aku teruja je.....kat China ni lubuk segala macam barang....bila lagi lah nak dapat duit terpijak ni yer...boleh aku melancong sambil survey prospek niaga...itulah kepuasan aku sekarang...meniaga...

Kan..hidup aku penuh angan-angan....


Premium Beautiful..pemangkin semangat tapi....

Amaran : Isi kandungan berkaitan PB boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutama dealer PB sebagai testimoni dsb..tetapi MESTI di kredit/link semula ke atas blog ini..Terima Kasih.

Assalamualaikum....

Premium Beautiful atau PB..antara kisah hot oleh blogger perempuan...kelllasss & hot...lagilah tengah puasa ni...macam-macam testimoni....tengok gaya semua mengalami penurunan kan..Alhamdulillah...lepas raya? Wallahu'alam...

Eh ini bukan nak cerita tentang pemakaian PB...tapi etika berniaga PB...tak patut jadi macam ni sebenarnya...nak cari customer tapi tak ada adab...ingatlah setiap untung yang dapat tu tak berkat kalau macam ni gayanya....

Ini perbualan dalam YM oleh Mrs X dengan ahkak...adik ipar Mrs X ni baru nak beli PB..tapi dia jumpa dealer yang tah apa-apa....
·  Mrs X : tetiba je orang tu datang umah
·  Mrs X: sampai kul 12 mlm dok suh join 20k
·  Mrs X: sbb kata apak ader merc so kaya
·  Mrs X: sy tak suka dealer tu
·  Mrs X: mcm tak de manners
·  Mrs X: hahahahah
·  Mrs X: sbb masa tu sy ngan biras ader
·  Mrs X: lam kul 10 lebih harus la berbaju loose nak tido
·  Mrs X: dia siap ckp.. kalo tak jaga badan besok da kawen badan kembang cam ipar2 awak
·  Mrs X: terhina i taw
·  Ahkak: asal ko tak laser je
·  Ahkak: dia yg jempot dtg rumah ke?
·  Ahkak: ke delaer tu men redah je
·  Mrs X: ntah mana dia jumpa dealer tu
·  Mrs X: pastu ajak datang umah
·  Mrs X: huhuh....bila sy ckp sy pun ader dah pb
·  Mrs X: dia habak la mesti tak pakai
·  Mrs X: ahahahhaha
·  Mrs X: sy kata la agak2 la kot dah malam
·  Mrs X: hahaha
·  Mrs X: tak kan nak pakai 24hrs
·  Mrs X: adoiyaii
·  Mrs X: pastu sbb agaknye dah nampak mcm panas disitu .. biras lain ajak g dapo..

Oh ya...kami ni juga pemakai PB yer...cuma kami mencari dealer otai sebab kami tidak dipaksa, kami rela hati nak membeli...dan kami tak war2kan pun dalam blog masing-masing....sebab ahkak ni ahbang tak bagi nak show off, kalau setakat cerita boleh la..kalau nak tunjuk gambar kurang inci ke lemak ke turun naik ke..maaf ahbang tak bagi...kenelah taat setia dah suami tak bagi..hehhhhh!..Mrs X tu tak tau lah sebab apa tak show off...kene tanya dia eh...:p

Dulu sebelum kahwin ada juga kakak ofis ni jual PB...nak kata kakak..pangkat makcik la juga..sebab dia nak bersara lepas tu...katanya nak cari income masa bersara...masa tu zaman dara lagi kan..manalah nak fikir sangat pasal semua ni dengan kewangan yang cukup makan pakai pergi balik kerja...ahkak tolak lah dengan sepatutnya...bila dah kahwin...selepas beranak...kakak ofis lain pulak offer...yang ini terus approach pasal loan 20k kat Bank Islam (mentang2 bank bawah bangunan)...koser la nak paksa camtu....terus aman daripada gangguan...sehinggalah...

Hati ahkak sendiri terbukak nak cari sendiri PB...hanya membeli..bukan menjual...Alhamdulillah masa tu dapat duit terpijak ahkak beli cash bawah RM2k dengan Kak Mai sendiri, she's very friendly dan mungkin kebetulan dekat dengan rumah lagi lah senang.....sebabnya SATU..kalau nak turunkan berat ahkak kurang sikit nak beli, tapi untuk shape body....kesannya memang ADA...nantilah senang-senang ahkak cerita lagi pasal PB...

Dan..untuk pertama kalinya...ahkak warkan...kurang 3kg...itu pun berbulan juga pakai ye...bukan mula bulan puasa...pada ahkak ok lah...penurunan drastik bukan matlamat....

Last, kepada dealer PB...tolonglah beradab...orang nak membeli dengan awak...janganlah keluar kata-kata biadab dan ikutlah kesesuaian masa orang lain....Sekian.

Monday, 15 August 2011

Bayar Zakat....

Assalamualaikum....

Ehem hem hemmmm....korang dah bayar zakat fitrah? Kena cepat-cepat tau..bila cepat bayar, cepatlah sumbangan tu disalurkan kepada golongan yang memerlukan....nak raya ni kan...kenanglah golongan tak mampu nak meraikan 1 Syawal nanti cemana....moga dengan zakat kita tu meringankan dan memberi cahaya Aidlfitri untuk dorang....bayar zakat ni tak kira lah tanggungjawab lelaki ke perempuan...ahkak? of course la tanggungjawab suami..hehe...kalau anak perempuan yang BEKERJA nak bayarkan zakat ibu ayah pun boleh tau...jangan ingat tanggungjawab LELAKI je...

Sekarang tempat bayar zakat kat mana-mana je...bukan kat masjid je...shopping mall pun ada....kebetulan Ahad pergi Tesco kajang...ada Amil zakat kat situ....ramai juga yang shopping mengambil kesempatan menunaikan kewajiban....Alhamdulillah....


Tempat strategik sebelah kedai NAGOYA...orang perempuan 'berzakat' dalam kedai, orang lelaki berzakat dengan Amil..hahaha...



Masa arwah bapak ahkak dulu, bila balik selepas bayar zakat fitrah...dia akan pegang kepala sorang-sorang...contohnya..."ayu dah"...sorang-sorang lah dia usap kepala...hehehe..tak ada apa pun benarnya...saja je arwah wat camtu...mungkin sebagai tanda dia jalankan tanggungjawab keatas ahli keluarga bawah tanggungannya....dan sambil mengeratkan lagi kami adik-beradik dengan terjadinya perbuatan macam tu...cam sweet je....emmm...rindu kat arwah...

Oh ye ini ada kadar zakat fitrah tahun 2011....ini kadar minimum...bagi lebih boleh saja....

Sumber google

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”


Nescafe nak bagi duit raya

Assalamualaikum....

Chill lah.......minuman ni yang betul Chill baru sedap...tak lama lagi warga kota berpusu balik kampung beraya kan...letih, mengantuk, lapar dan dahaga semestinya kan...Nescafe jadi pilihan...yang CHILL...eh tapi sebelah malam je ye...he he he...

Nescafe nak bagi duit raya...serlahkan kreativiti korang dengan Nescafe...


Beraya sakan la korang yerrr...

Friday, 12 August 2011

Akhirnya berkurang juga bil Asterok...

Assalamualaikum....


Happy uuuuu!...tumpang hepi jek...sebab yang bayar bukan ahkak...tu bos besar yang bayar hehehehe...hepi la kan dah cut cost leh wat mende lain gak...

Hari ni MC...balik klinik tadi terjah peti pos...dapat bil astro...BERKURANG!!...ingat tak dulu ada buat entry pasal Astro ni...mula-mula pasal govt service tax...lepas tu pasal nak naik harga pakej (boleh tengok pengiraan siapa nak kira sesiap eh)....


Pakej ahkak dulu harganya RM96.40 dah termasuk govt service tax tu...lepas ura-ura nak naik (dah naik pun)..dan gomen tak bagi naik...harganya RM94.25....taktau lah kira cemana....dan kali ni turun bebeh...jadi RM87.90!!!...tapi inilah pengiraan selepas naik tu....

Oh ya...kami amik pakej Family+Movie+Mustika...mungkin takde Sports..tu yang turun kot..sebab pengiraan ikut pakej...dulu memang kami ada amik Sports tu...tapi semenjak habis World Cup...ahbang pun kerja tak menentu...dia pun kalau tengok TV, TV tengok dia balik...buat rugi jek....terminated Sports dan amik Mustika...dan kebetulan tak lama selepas tu Raja Lawak pun masuk Mustika....wahh heaven la....bagus Mustika ni untuk orang-orang yang stress...sengih nampak gigi je tengok Mustika...he he he....

Syukur!!


Anak di hari Jumaat...

Assalamualaikum....

Jumpa lagi kita pada hari Jumaat minggu kedua di bulan Ramadhan....Alhamdulillah...

Emm..lama tak cerita pasal anak..kan...hehe...ahkak nak cerita berkenaan perkembangan anak...of course la kan...bila kita nampak perkembangan anak adalah satu yang membanggakan...dan bersyukur..anugerah yang tak TERNILAI....ahkak nak cerita pasal OBSES Mu'adz Firas ni terhadap sesuatu...

Gambar lama tu...:p

OBSES tak? Yelah mungkin anak orang lain...makpak la kan sibuk nak suruh anak minat karektor dari luar...spiderman ke..barbie ke...tapi anak ahkak ni terlalu obses dengan karektor jatidiri tanah tumpah darah dia...budak motak berdua tu lah...susah nak terangkan pasal obses dengan Upin & Ipin ni...leh kuo airmata darah kekdahnya hehehe....

Ahkak tak perasan macamana dia boleh minat sangat...mungkin asalnya dari rumah pengasuh...anak-anak pengasuh bukak cerita budak2 botak ni kan...TV ada...CD pun dorang ada...tapi bak kata pengasuh anak-anak dia tengok sekejap je...tapi Mu'adz ni boleh tengok sampai habis...kalau dalam panggung leh kata dia seat depan lah...minat sungguh!

Macam gambar pertama tu, jalan-jalan dalam shopping mall...kami tak nampak kedai tu...tapi dia nampak dulu terus berlari ke kedai tuh...tak ke kagum tu...hehehe..nasib baik belum pandai mintak apa-apa...kat situ dia berkomunikasilah dengan budak2 botak & rakan-rakanya tu dalam bahasa dia...sampaikan budak kedai tu pun tegur...main-main dengan dia..

Gambar kedua pulak, dia tak mintak patung tu..hadiah daripada maksu dia...dan sampai sekarang 2 biji patung tu la dia usung sana sini...orang amik dia marah...sayang sungguh tauu...

Dan kami pun beli CD juga untuk dia...dan berguna jugalah portable DVD player tu khas untuk dia ralit dengan Upin & Ipin... 

Kesannya?
  • sudah pandai angkat tangan berdoa dan sebut AMIIIN...walaupun tah apa-apa dia baca kunun baca doa la tu..sah-sah doa kami yang baca..kannnnn
  • "ape tu?"....pertanyaan demi pertanyaan...pandai bertanya dah...sama cam dalam kartun tu...
  • pegang makanan terutamanya makan ayam drumstik sebiji cam Upin & Ipin tu...
  • belajar main bola, tak kekok tendang bola lagi dah...dengan kaki KIRI!...wah!
  • mintak mandi dah...sebut "nak annndi...andiii"
  • hulur salam sendiri tak payah suruh (tp kadang-kadang wat gak perangai 'derkkk' dia heh)
  • mengira 1,2,3..sampai 10 tunggang terbalik lg...One, Two Three...itu mak tok dia yang ajar (errr mak tok dia cikgu bahasa Inggeris heh heh heh)...a,b,c tak berapa nak bunyi...bunyi nak taknak je...nampaknya dia lagi minat dengan nombor dong!!...takpe pelan-pelan kayuh...
Update :(teringat yang belum sentuh pasal kesannya heheh)
  • senang suruh dia gosok gigi...sebab dalam Upin & Ipin tu kan ada episod GIGI...kita tayang berus gigi je dia dah suka..kadang tu siap mintak tak kira masa...
  • bagi Assalam...mula-mula dulu bunyi KOM je...sekarang dah dua suku kata dari belakang...budak-budak botak tu kan rajin beri salam hehehe
  • dan mungkin banyak lagi..tak teringat dah..hihi...
    Semua ni ada ditunjukkan dalam kartun Upin & Ipin tu...memanglah secara tak langsung dia belajar dari persekitaran...kan...dan tengok kartun ni adalah salah satu cara juga...selain pengajaran daripada makpak sendiri...eh belaja main perang-perang pun dari Upin & Ipin tu jugalah...ha ha ha!!

    Oh ya...ahkak ada terbaca berkenaan penggunaan bahasa percakapan kepada anak-anak..lebih kepada mengajar anak lebih kepada satu bahasa....teknik yang berkesan adalah :-
    Contohnya Melayu & Inggeris -
    Salah seorang mestilah berbahasa sepenuhnya dengan satu-satu bahasa.  Contohnya ibu bertutur dalam bahasa Melayu dan bapa dalam bahasa Inggeris atau sebaliknya....SEPENUHNYA...bukan ibu atau bapa bercampur bahasa...ini akan menambah lagi konflik bahasa terhadap anak-anak...

    Kesimpulannya...tak payah la nak mencampur-aduk bercakap Melayu & Inggeris dengan anak kita...kejap-kejap sebut CAR, kejap-kejap sebut KERETA...bingung kawan tu nanti...lainlah sebutan tu daripada ORANG yang berlainan...dan paling penting FASIH loooo.....

    Yang tak boleh 'blah' bila kat rumah cakap Melayu, depan orang nak 'spekong' lak...dah budak tu terpinga-pinga...banyak berlaku...dan tak perlulah terasa low class atau jatuh standard kalau kita tak berbahasa penjajah tuh...walau hakikatnya penting bahasa global tuh...caranya kene cari seseorang yang fasih untuk anak kita berinteraksi dengan orang tu...cara paling senang...CIKGU la...hantar ke sekolah yang sepenuhnya berbahasa Inggeris...atau nak fasih Arab...sekolah berbahasa Arab....

    Kita semua mesti nak yang terbaik untuk anak kita...kan...

    Moga bermanfaat tips ini....

    Thursday, 11 August 2011

    Pizza, Semalam & Hari ini je...

    Assalamualaikum....

    Pizza Hut wat offer ni....RM19 save RM8 katanya....untuk 3 pan (tapi tak tahulah besar mana)...10-11 Ogos 2011

    KLIK IMEJ untuk print...


    Oh ye tak sah untuk kedai PHD ye...dan tak sah makan kat kedai Pizza Hut...boleh take away & delivery sajok...

    Agak-agak kalau tekak Melayu dah bosan...sekali-sekala terjah lah pulak roti pelbagai rasa ni..heh!!


    GAVISCON, cara rawat ANGIN

    Assalamualaikum....

    Puasa ni mesti macam-macam penyakit singgah kan...maklumlah perut terkejut...dikatakan semua organ dalaman berkaitan bab makanan dan pemprosesan makanan tersentak...yelah dalam masa lama tak bekerja tiba-tiba masa berbuka kene kerja kuat....
    Tu kadang-kadang lain je rasa...ada senak perut...ada sakit dada....tak tahan tu pedih kat ulu hati...tau tak pedih tu cemana? adoih tatau lak nak describe cemana...tapi menangkap la kat dada camtu...puncanya adalah ANGIN dalam badan...kalau berpuasa perut kosong kan....kalau tak puasa ada juga yang lambat makan kan....maka berangin lah beliau...ahaksss...

    Buat masa ni kami guna Gaviscon yang dalam sachet je..tak pernah lagi guna dalam botol..sebab guna sachet ni senang...togok je terus masuk mulut ahahaha.....incik somi la yang guna ni...tak berpuasa pun ada masalah...dia memang ada masalah angin nih...jap2 perut kembung...weh siap leh ketuk bunyi2 lagi tauuu....ahkak selalu nyakat nyanyi "...gendang-gendut tali kecapi, sudah makan senang hati, tak lama dapat ulu hati"......hahahaha...tapi memang sangat membantu lah....baik dengan SEGERA!!..

    Eh mak ahkak pun sebenarnya selalu sakit ulu hati...tapi bila dia makan TERUNG..dah la terung tu dia suka...tapi apakan daya...memang tak makan terunglah lagi...begitu baik la pulak...ada juga ahkak suggest dengan mak gunakan Gaviscon ni...mak pun pernah cuba...hasilnya...TERBAIK!...jadi dia dah boleh makan terung dah sekarang...SUKAAAA!!

    Dapatkan GAVISCON sekarang bila anda memerlukan tak kira masa dan tempat...


    Wednesday, 10 August 2011

    Cerita 10 hari...

    Assalamualaikum....

    ....10 hari Ramadhan...

    Senang kan kali ni nak ingat berapa hari dah berpuasa...sebab sama dengan tahun Masihi....10 Ramadhan sama dengan 10 Ogos....

    Nak bercerita tapi macam takde cerita..boleh? hehe....orang lain sibuk bercerita kisah puasa...menu berbuka...menu sahur.....ahkak tidak lah nak bercerita...sebab berbuka sorang...sahur pun sorang..apa aje yang makan...asal alas perut sudah...eh tapi ada cerita juga...

    Petang semalam belilah beberapa biji buah melaka (lupa nak kira) seplastik RM2...beli kat bawah bangunan tempat kerja ni je...rasa tepung dah ok dah..takde la kurang masak ke apa...kelapa parut pun halus je (guna hat putih rasanya)...saiz pn sedang2 takde lah besar gedabak leh tecekik...yang tak ok adalah intinya....bila gigit...rasa air je...takde rasa manis...apetah lagi kaler coklat...oh sungguh spoil nak makan!...gitu lah kan kalau BELI...nanti lah nak buat masa weekend..baru puas...

    Lagipun tekak tak berapa nak makan sangat...datang pulak panas segala panas...hidung panas, mulut panas, tangan kaki sejuk...lahai puasa ni mana lah boleh pulun air...jadinya bertabah je lah menerima dugaan lagi di bulan Ramadhan...


    WW: Puasa lagi

    Assalamualaikum....

    Info lagi....

    Tuesday, 9 August 2011

    Di nanti telah tiba...

    Assalamualaikum....

    Berakhir penantian...lama tunggu ni...tengok blogger lain dok menepel gambar..nak juga lah...tapi ketinggalan la kan..sebab ikutkan minggu lepas dah dapat...semalam masuk kerja nampak parcel atas meja...malam tadi baru tengok...

    Ini baju untuk anak tau..bukan MAK..walaupun tulis HOT BLOGGER MOM..hehehehe

    Terima Kasih pada Dayu & Onie...setelkan semua ni....^_^

    Monday, 8 August 2011

    Serabai..

    Assalamualaikum....

    Serabai? kalau belah selatan ni dah lain makna dah nih....Serabai bermaksud selekeh, tak terurus lebih kepada penampilan diri camtu...ahaks!

    Balik kampung baru ni mertua beli kuih masa berbuka..dia beli kuih ni...

     sumber google je...

    Kuih Serabai namanya...masa tu ahkak nak tergelak dah...errr apa kes nama Serabai...adeh...tapi diam je lah...hahaha...pertama kali dengar nama kuih ni...dan pertama kali rasa...kuahnya kuah durian...ahkak rasa sikit je...takleh masuk...sebab manis dan tak biasa makan pun yer....orang kata dapat rasa sudah....

    Mesti popular belah Utara ni kan....hehehe....

    Kongsi persoalan puasa...

    Assalamualaikum....

    Dari tahun lepas berkongsi berkenaan persoalan puasa ni...nak tengok yang lepas sila lihat side kanan ni yer bahagian INFO - Persoalan Puasa...moga memberi manfaat tentang persoalan di bulan Ramadhan ini...





    Friday, 5 August 2011

    Masih disini...Al-Fatihah..

    Assalamualaikum....

    Ahkak masih dikampung suami...asalnya plan memang nak balik minggu depan menjenguk keluarga suami sebab tahun ini giliran beraya di Selatan...

    Bila pagi Rabu kami dikejutkan dengan berita perginya Pak Lang sebelah suami, kami mengambil keputusan tarik cuti minggu depan ke minggu ni untuk hal semuanya....pergi yang tidak disangka-sangka...mati dalam tidur...(seperti arwah bapak akak juga)...kisahnya, semasa untuk digerakkan sahur dah takde...dan sebab kematian dalam surat kematian adalah serangan jantung...Innalillahiwainnailaihiroji'un..

    Al-Fatihah kepada arwah Pak Lang Khair Anwar Ahmad...Moga dicucuri rahmat...

    Tuesday, 2 August 2011

    Eksidento...

    Assalamualaikum....

    SENYUM.....


    Sakit tau betis bunting padi i ni bang....

    Dugaan Ramadhan...

    Assalamualaikum....

    Syukur...hari ini dapat berbuka bersama ahbang...dia kata nak masuk lambat belah malam...jadi dapatlah bersama berbuka...ya, ahkak tak masak...kami membeli belah secara berhemah di Pasar Ramadhan (PARAM)...ahbang kata haiwan-haiwan dalam peti ais tu boleh guna masa dia kerja nanti...sebab masa dia kerja tentu kami tak dapat berjalan di PARAM kan....habis RM15...nasi ambeng, kuih dan air...sebenarnya motif utama adalah mencari kurma...sambil melayan kerenah budak kecik ni dok menggelupur bosan seharian dalam rumah..kalau kat rumah pengasuh ramai kawan-kawan main sesama kan...

    Sahur pulak semalam masak menu sahur sup ayam, tempe goreng, ayam goreng dan sambal kicap...siap dalam sejam...dan seterusnya tetap masak...tapi itu lah tak tentu lagi nanti kalau dah berbuka sorang, sahur pun sorang...nak beriya masak pun bukan semangat..entah-entah goreng telur makan dengan kicap...hehehe...

    Cerita pasal menu, masak, makan ni tentu yang lebih pusing adalah ibu-ibu...setiap hari nak berfikir menu untuk keluarga....tak kira la menu tunjuk-tunjuk atau memerah keringat di dapur...kategori DUGAAN gak tuh lebih lagi yang memerah keringat kat dapur...dengan penat belum habis dah bersilat kat dapur..ye tak...

    Ahkak ni kalau bab masak memang sediakan bahan-bahan asas untuk seminggu macam bawang kisar dan ikan bilis kisar (sebab tak guna bahan perasa).  Siap-siap kisar bawang besar, bawang putih dan halia sekali kisar.  Ikan bilis pulak asingkan tapi kisar sikit dengan bahan kisar tadi supaya senang hancur ikan bilis tu.  Yelah ada menu kadangkala tak perlu guna ikan bilis sebab tu diasingkan.  Kalau tak sekali kisar je..bahan-bahan asas tu la penting sekali, senang nak masak dengan cara cepat.  Kalau masa tu nak masak, masa tu hegeh nak mengupas, selepas terawih la baru dapat makan..heh!!...kat dapur ahkak kene pastikan segala rempah cukup.  Rempah kari, sup, kurma serta serbuk kunyit dan lada hitam mesti ada.  Cuba tengok ikutkan dah nampak lima menu kat situ. Hehehe...Bahan lain mesti ada ialah telur & ikan bilis.  Sesak susah tak ada idea masak apa...selain dah siap sedia haiwan-haiwan lain la kan...boleh je campakkan semua tu...

    Senang kan...bukan susah pun masak...cuma jangan warm-warm tahi ayam (maksud : Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan.  Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.) dah ler...

    Itu cerita DUGAAN makan dan masakan...ini ada juga DUGAAN ditempat kerja....bikin bingung...

    Ahkan disuruh oleh bos besar supaya back-up kerja kat tempat lain...yang pengangkutan sangat susah...yang bos kecik selama ni kita senyum pun dia wat muka kering....dan bila mana disuruh overtime juga!!!...meratap mak!!...kalau overtime sahlah balik lambat...ahkak terfikir SATU je..budak kecik tu....takan nak bertunggu tangga kat rumah orang sampai malam kan....dah lah memang ahbang berminggu kerja malam....entahlah nak fikir banyak buat sakit kepala je..tak fikir, kena gak fikirrrrrrrrr....

    Tabahlah hati....


    Monday, 1 August 2011

    Selamat Datang Ramadhan

    Assalamualaikum....

    Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...



    Bermula kita hari ini dengan ujian nafsu...bukan setakat lapar dan dahaga...tapi nafsu iman yang dah dari dulu hitam lekat dalam hati...moga bertabah ye semua...

    Oh ye...aku cuti terkejut hari ini...sebab masa sahur tadi telefon mak...mak tanya "hari ni cuti kan...abang farid ada ni..."..wah abang! bercuti sambut puasa ye..huhu...sini KL la mak bukan JOHOR!..iskkk....sebab tu lah aku amik keputusan cuti terkejut ni...nak merasa hari pertama Ramadhan dengan keluarga...bukan pening dengan kerja dan bersesak dalam tren...walaupun itu adalah hakiki untuk kehidupan seterusnya...

    Pagi tadi dapat bersahur bersama suami, buka pun tak dapat nanti sebab dia dah pergi kerja...ok la kan...sebab selepas ni..sahur dengan berbuka memang TAK la sama....huhu....merasa jadi bujang sahur dan berbuka sorang...cuma tambah seketol umat kecik je jadi tukang kacau nanti masa berbuka...hihihi....

    Ok la ye..SELAMAT BERPUASA....tahan nafsu daripada perkara yang lagho...

    Nota Kaki:
    * Muka kulit Blog pun dah bertukar sempena Ramadhan...lagi ikhlas kot warnanya...putih dan biru...warna alam...

    -Nuff-

    -Linkwithin-

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...